Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KUKUHKAN PERPADUAN DAN PERSEFAHAMAN,TERUS IMARAH MASJID DAN SURAU



Beaufort,18 Jun : Umat Islam digalakkan untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman dikalangan masyarakat setempat selain mengimarahkan masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.
  Presiden Persatuan Bersatu Bisaya Sabah (PBBS) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, perpaduan yang sentiasa terjalin antara masyarakat itu bukan hanya tertumpu kepada umat Islam namun merangkumi individu yang bukan beragama Islam.
  “Sudah pasti perpaduan dan persefahaman antara masyarakat Islam mahupun bukan Islam itu penting bagi membolehkan rakyat dapat terus menikmati kesejahteraan dan juga keharmonian.
  “Kehadiran penduduk setempat yang ramai pada program ziarah Ramadan malam ini (kelmarin) memberi petanda baik bahawa perpaduan masyarakat terus meningkat,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Lubak disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, masjid dan surau juga perlu dijadikan sebagai lokasi aktiviti yang bermanfaat selain mengelakkan perpecahan atau perbalahan dalam kalangan umat Islam.
  “Jangan jadikan masjid atau surau sebagai ruang untuk mewujudkan perpecahan atau perbalahan, perkara seperti ini perlu sentiasa ditangani oleh pemimpin masyarakat setempat di peringkat kampung.
  “Rumah ibadat ini juga adalah pentas terbaik kepada penduduk kampung untuk berkumpul dan membincangkan pelbagai perkara yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat,”katanya.
  Terdahulu, pada program ziarah itu, Lajim turut bekesempatan menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama penduduk kampung.
  Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal serta menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.















KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KUKUHKAN PERPADUAN DAN PERSEFAHAMAN,TERUS IMARAH MASJID DAN SURAU"