Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH SEMAKIN MANTAP


Lajim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis itu

Kota Kinabalu,22 Julai : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan parti dalam Gabungan Sabah (GS) akan terus memantapkan barisan kepimpinan disemua peringkat bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap GS semakin kuat.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kerjasama dikalangan rakan gabungan juga perlu untuk mencapai misi dan visi menumbangkan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  “Kita dapat lihat, setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh parti-parti dalam GS sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.
  “Ini membuktikan GS adalah sebuah gabungan yang mantap selain mempunyai misi sama iaitu ingin mengubah senario politik Sabah dan pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, GS juga sentiasa ‘membuka pintu’ kepada parti politik tempatan di negeri ini untuk menjalin kerjasama bagi berjuang pada PRU14.
  “Rakyat inginkan sebuah kerajaan yang baru dan sudah pasti parti politik khususnya di negeri ini perlu bersatu, itu adalah kehendak rakyat.
  “Bila kita hadir kemana-mana majlis, rakyat pasti bertanya adakah kita bersatu, dipihak Harapan Rakyat, sudah pasti kita bersatu bersama rakan dalam GS untuk mencapai misi yang sama,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya bersama GS juga sudah melaksanakan perbincangan khususnya membabitkan pembahagian kerusi, program dan pelbagai aktiviti lain.
  “Kita tidak risau, sokongan rakyat akan terus bersama kita dan keyakinan rakyat kepada GS akan terus meningkat,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH SEMAKIN MANTAP"