Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KPT DAN UMS DIMINTA BERI PENJELASAN LANJUT




Kota Kinabalu,8 Julai : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diminta untuk memberi penjelasan lebih lanjut mengenai pelantikan semula Profesor Dr Shahril Yusof sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang dilihat sebagai tidak telus.
  Ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Ir Jovilis Majami berkata, pelantikan semula yang diumumkan oleh KPT pada 6 Julai lalu itu juga tidak melalui prosedur yang betul.
  "Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perlantikan semula seperti yang terdapat di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) seksyen 4A dan Perlembagaan UMS Seksyen 12(6) yang mana disebut dengan jelas bahawa jawatan terbabit dilantik oleh menteri terbabit atas nasihat Jawatankuasa Pemilih selepas berunding dengan Naib Canselor.
  "Kekosongan jawatan ini sudah diiklankan pada 10 Februari lalu namun menjadi tanda tanya apabila Dr Shahril dilantik semula memegang jawatan sama tanpa makluman daripada semua pemohon yang sudah mengisi permohonan,"katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Jovilis berkata, pihaknya turut mempersoal kelebihan Dr Shahril yang dilantik semua meskipun sudah ditamatkan perkhidmatan pada 18 Jun lalu selain turut dikaitkan dengan skandal penyelidikan  tiga buah kapal kargo Jepun yang karam di Teluk Usukan semsa Perang Dunia Kedua.
  "Menjadi persoalan apabila jawatan ini diiklankan pada Februari lalu dan ramai anak jati Sabah berkelayakan memohon namun pihak berkenaan tidak memanggil mereka untuk hadir sesi temuduga seterusnya memperlihatkan kelebihan masing-masing.
  "Tindakan ini juga dilihat seperti memperalatkan pemohon dan sewajarnya mereka perlu dimaklumkan atau dipanggil untuk sesi temuduga bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada mereka,"katanya.
  Dalam pada itu, Jovilis berkata, KPT dan pihak terbabit perlu mengambil iktibar daripada isu cadangan pelantikan Naib Canselor UMS bukan berasal dari Sabah baru-baru ini yang mana dibantah sekeras-kerasnya  oleh sebahagian besar penduduk Sabah.  
  "Jangan sekali-kali KPT menganggap bahawa dengan pelantikan NC UMS dari Sabah baru-baru ini maka tuntutan kami sebagai rakyat Sabah telah selesai.
  "Di sini saya ingatkan kepada KPT dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kami tetap akan bangkit untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Sabah sekiranya terdapat apa-apa pencerobohan terhadap Perjanjain Malaysia 1963 yang telah ditandatangani dahulu,"katanya.
   Terdahulu, Jovilis berkata, pihaknya bersama Gabungan Muda Sabah (GEMA) tidak teragak-agak untuk mengaktifkan petisyen bantahan dan perhimpunan di UMS sekiranya terdapat keperluan dalam pelantikan semula ini.
  "Justeru, kami berharap agar mendapat jawapan atau respon segera daripada pihak KPT dan UMS berhubung isu ini,"katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KPT DAN UMS DIMINTA BERI PENJELASAN LANJUT "