Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

IC PALSU BUKTI ISU PATI DI SABAH DITAHAP KRITIKAL

Kota Kinabalu,14 November: Seorang guru wanita, Asni Ismail,39, yang dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, baru-baru ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu membuktikan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah berada ditahap kritikal.
  Ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Jovilis Majami berkata, tertuduh berkenaan sudah berkhidmat sebagai guru selama 12 tahun di salah sebuah sekolah di Ranau.
  “Rakyat di Sabah sudah berdepan dengan masalah PATI sekian lama, namun kerajaan sekarang masih menganggap ia sebagai masalah kecil yang tidak perlu ditangani secara serius.
  “Kita sudah lihat hari ini, perkara yang dibimbangi rakyat Sabah nyata benar apabila PATI sudah mula ‘menguasai’ pekerjaan di sektor kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, masalah PATI yang sudah berlarutan sejak tahun 70 an ini tidak pernah diselesaikan secara berkesan dari kerajaan pusat mahupun negeri.
  “Hari ini kita dapati masih ramai anak jati Sabah yang menganggur, terpaksa merantau di negara lain dan disenaraihitamkan oleh pihak PTPTN  kerana tidak dapat membayar pinjaman pendidikan.
  “Namun sebaliknya mereka (PATI) ini pula mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan dengan mendapat gaji dan kemudahan sebagai kakitangan kerajaan”katanya.
  Sementara itu, Jovilis berkata, kerajaan sepatutnya perlu bertegas dalam soal pekerjaan di dalam sektor awam ini kerana ianya bukan sahaja menafikan hak anak jati Sabah untuk mendapatkan pekerjaan tetapi juga ada sesetengah sektor awam.
  “Saya meminta supaya kerajaan bertindak dengan segera untuk menyiasat dan menyelidik semua pekerja-pekerja awam di Sabah ini supaya bebas daripada PATI,”katanya.
  Susulan daripada itu, Jovilis berharap agar rakyat Sabah terbuka mata untuk menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang kerana terbukti tidak dapat melindungi hak-hak rakyat Sabah yang sepatutnya dijaga oleh kerajaan.
  “Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji masalah PATI  di Sabah sehingga kini tidak didedahkan walaupun sudah beberapa tahun siap.
  “Saya percaya sekiranya isu PATI ini tidak ditangani secara tuntas maka pada masa akan datang anak jati Sabah akan ditindas oleh mereka dan akhirnya kita cuma menumpang di wilayah Sabah ini kerana mereka telah menguasai bumi Sabah ini di semua sudut,”katanya.
  Dalam pada itu, Jovilis turut menyeru agar rakyat Sabah menyokong Parti Harapan Rakyat Sabah dan Gabungan Sabah (GS) pada PRU14 akan datang yang akan memperjuangkan hak-hak Sabah.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "IC PALSU BUKTI ISU PATI DI SABAH DITAHAP KRITIKAL"