Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BERI PELUANG GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG BARU


Oleh : Md Faizizi Maidin

Labuan,22 Januari: Pergerakan Wanita Muda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus membuka peluang kepada golongan muda khususnya wanita untuk mempelajari bidang baru.
  Naib Ketua Wanita Muda 3 Harapan Rakyat Norazrina Othman berkata, ia termasuklah pembelajaran dan pewujudan kemahiran dalam kepimpinan dikalangan generasi wanita muda di seluruh Sabah termasuk Labuan.
  “Seperti yang kita laksanakan pada kali ini, kita menganjurkan kursus pembikinan Tart Telur yang turut disertai seramai 10 orang peserta terdiri dari kalangan anak muda.
  “Penganjuran program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada warga Labuan untuk menambah sumber pendapatan dengan modal yang kecil namun mendapat hasil yang menguntungkan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutupan kursus yang dirasmikan oleh Ketua Bahagian Harapan Rakyat Labuan Siti Zaleha SW Ibrahim disini baru-baru ini.
  Hadir sama pada program itu, Ketua Wanita Muda Harapan Rakyat Sabah Dayang Aezzy Liman.
  Norazrina yang juga Ketua Wanita Muda Harapan Rakyat Labuan berkata, program seumpama itu juga mampu menyalurkan bakat, tenaga  dan masa bagi aktiviti berfaedah ke arah jati diri individu terlibat.
  “Selain itu, kita juga turut membuka peluang untuk anak muda menceburi bidang politik dan bidang-bidang lain yang berfaedah.
  “Kita juga ingin mendekati golongan muda melalui aktiviti berfaedah selaras dengan Penanda Aras pergerakan yang sentiasa mengamalkan budaya kerja berdisiplin berintegriti dan berhemah,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BERI PELUANG GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG BARU"