Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERTIKAI KEWUJUDAN 'SEKOLAH GHAIB'



Oleh : Marcellus Manisah

Kudat,8 Februari: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mempertikai kewujudan ‘sekolah ghaib’ di daerah ini yang diberikan projek pemagaran tanah kosong di kawasan berkenaan.
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Ir Jovilis Majami berkata, projek berkenaan mula dilaksanakan Ogos tahun lalu dan siap sebulan kemudian namun hanya dipagar kawasan tanah yang dipenuhi hutan belukar.
  “Ketika kami mengadakan program bertemu masyarakat disini, kami terlihat satu papan tanda yang menyatakan mengenai projek pemagaran tanah kosong di Sekolah Kebangsaan (SK) Marabau Kudat, namun tiada satu pun bangunan sekolah yang kelihatan dikawasan berkenaan.
  “Justeru, kami ingin bertanya kepada pihak tertentu khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenai kewujudan ‘sekolah ghaib’ ini,” katanya ketika dihubungi disini, kelmarin.
  Ir Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, pihaknya juga ingin tahu tujuan pemagaran tanah kosong yang dipenuhi dengan hutan belukar.
  “Kami bukanlah ingin mencari salah mana-mana pihak, namun jika sekolah ini wujud siapakah Guru Besar sekolah berkenaan dan dimana murid-murid ini belajar.
  “Penduduk kampung dikawasan itu juga melahirkan rasa kecewa apabila sekolah yang dinytakan tidak dibina untuk kegunaan masyarakat setempat,”katanya.
  Sementara itu, Ir Jovilis berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa ‘sekolah ghaib’ berkenaan tidak wujud berdasarkan carian dilaman sesawang.
  “Jika semua ini benar berlaku dan tidak ada kewujudan sekolah, ia dilihat sebagai satu pembaziran dan kerugian untuk masyarakat setempat yang terpaksa menghantar anak sekolah jauh dari kawasan mereka,”katanya.












KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERTIKAI KEWUJUDAN 'SEKOLAH GHAIB'"