Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

CADANG BINA ASRAMA PENGINAPAN DI HOSPITAL


Oleh : Md Faizizi Maidin
Foto : Justin Wong


Tamparuli,18 Mac: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan Gabungan Sabah (GS) bercadang untuk membina asrama penginapan yang lebih selesa kepada semua pelawat atau waris pesakit di semua hospital di seluruh Sabah.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, cadangan itu akan dilaksanakan sepenuhnya apabila pihaknya bersama GS berjaya membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  “Sering kali ketika saya melawat rakan-rakan atau keluarga yang dirawat dihospital, saya perhatikan ada pelawat atau waris pesakit tidur diluar wad atau baring dilantai hospital khususnya yang datang dari jauh.
  “Justeru, jika kita (GS) berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas PRU14 ini, sebuah asrama penginapan akan dibina disemua hospital utama diikuti dengan hospital daerah di seluruh Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Tujuh Buah Cawangan Harapan Rakyat di Kampung Tomis Baru disini, kelmarin.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap; Naib Presiden 4 Harapan Rakyat Datu Sebastian Datu Panglima J Banting; Ketua Bahagian Harapan Rakyat Tuaran Abdin Darus dan Ketua Wanita Harapan Rakyat Tuaran Syra Peter Gom.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, cadangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan baru bersama GS.
  “Kita mahu rakyat selesa, datang melawat ahli keluarga mereka dengan gembira tanpa perlu tidur di luar wad hospital.
  “Selain dari itu,kita juga akan laksanakan kemudahan lain untuk rakyat seperti jalan raya dan sebagainya,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim turut meminta rakyat Sabah untuk terus bangkit bersama GS untuk berjuang mengembalikan hak rakyat Sabah.
  Terdahulu, Syra berkata, rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli tidak perlu gentar dengan ‘ugutan’ dari pihak kerajaan kononnya akan memotong atau menamatkan bantuan kepada rakyat.
  “Ini merupakan satu pembohongan dan penipuan kerajaan sedia ada kepada rakyat, jika ditakdirkan Harapan Rakyat bersama GS memerintah selepas PRU14 akan datang, bantuan yang sedia ada akan ditambahbaik.
  “Saya juga bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di DUN Tamparuli bagi membela nasib rakyat yang kini terabai,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "CADANG BINA ASRAMA PENGINAPAN DI HOSPITAL"