Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

RAPAHI TIDAK PERNAH JADI AHLI HARAPAN RAKYAT



Sipitang,27 Mac : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Sipitang menafikan dakwaan ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) Rapahi Edris kononnya pernah menjadi ahli Harapan Rakyat sebelum menyertai parti pimpinan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Sabtu lalu.
  Ketua Bahagian Harapan Rakyat Sipitang Rabin Bukari berkata, dakwaan itu adalah dilihat sebagai gimik politik yang bertujuan bagi mencari populariti murahan pihak tertentu.
  “Selepas meneliti dan menyemak rekod-rekod keahlian diperingkat cawangan, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Bahagian dan Ibu Pejabat Harapan Rakyat, saya mengesahkan bahawa beliau bukan ahli Harapan Rakyat di bahagian ini.
  “Selain itu, pihak kami juga tidak menemui sebarang bukti kukuh yang menyatakan beliau pernah mengisi dan menandatangani  boring permohonan menjadi ahli Harapan Rakyat,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Rabin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Harapan Rakyat berkata, pihaknya berharap penyokong setia parti ini khususnya di bahagian Sipitang agar tidak terpengaruh serta terpedaya dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab.
  “Taktik ini dilihat sudah ketinggalan zaman dan sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang tokoh politik tempatan berpengalaman.
  “Untuk para penyokong Harapan Rakyat, saya harap anda semua terus bekerja keras dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang,”katanya.
  Dalam pada itu, Rabin berkata, pihaknya khususnya di bahagian Sipitang menaruh keyakinan tinggi kepada kepimpinan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin serta rakan dalam Gabungan Sabah (GS).



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "RAPAHI TIDAK PERNAH JADI AHLI HARAPAN RAKYAT"