BEKAS PENASIHAT UPKO LABUAN DILANTIK TIMBALAN PRESIDEN 3, ISI KOUTA KAUM CINA
—
Ahad, 28 Mei 2017
—
Add Comment
Kota
Kinabalu,28 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sebulat suara
melantik bekas penasihat Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu
(UPKO) Labuan, Datuk Seri Peter Kong sebagai Timbalan Presiden 3 parti itu bagi
mengisi kouta kaum Cina.
Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, keputusan
itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama pimpinan tertinggi parti
termasuk timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
“Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau bulan
lalu di Labuan dan dalam pertemuan itu saya sudah menjelaskan dengan terperinci
matlamat dan perjuangan Harapan Rakyat.
“Justeru, pelantikan beliau sebagai Timbalan
Presiden 3 bagi mengisi kouta kaum Cina dipersetujui oleh semua AMT parti dan
lantikan ini adalah berkuatkuasa hari ini (kelmarin),”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di
ibu pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disini, kelmarin.
Hadir sama Timbalan Presiden 1 Datuk Maijol
Mahap; Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Setiausaha Agong Abdin Darus dan beberapa
AMT parti yang lain.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, pimpinan parti turut bersetuju untuk memberi peranan
penting kepada Peter Kong bagi mendekati komuniti Cina di Sabah termasuk
melihat permasalahan yang dihadapi masyarakat itu.
“Meskipun kita tidak akan bertanding di
kawasan majoriti kaum Cina, namun kita mempunyai ahli dan penyokong dalam
kalangan kaum Cina di Sabah.
“Selain beliau (Peter) parti juga mempunyai
dua timbalan presiden lain iaitu Datuk Maijol Mahap (mewakili kaum bumiputera
KDM) dan Ashim Jamat mewakili kaum bumiputera Islam,”katanya.
Sementara itu, Lajim berkata, Peter juga akan
mengenalpasti ketidakpuasanhati masyarakat Cina dengan layanan yang diberikan
pihak kerajaan kini.
“Sudah pasti, kita ingin bersama-sama
masyarakat Cina di Sabah dalam usaha membangunkan negeri ini yang banyak
terlibat dalam bidang perniagaan, industri perkilangan dan sebaganya.
“Selain itu, kita juga akan memberi fokus
kepada bidang Pendidikan dalam masyarakat Cina seperti bantuan persekolahan dan
sebagainya,”katanya.
Dalam pada itu, Lajim berkata,kemasukan
Peter turut mendapat persetujuan dari pimpinan parti Bahagian Labuan.
“Saya juga sudah membuat perbincangan dengan
Bahagian Labuan dan mereka juga tidak membantah namun mengalu-alukan kemasukan
Peter kedalam Parti Harapan Rakyat Sabah,”katanya.
0 Response to "BEKAS PENASIHAT UPKO LABUAN DILANTIK TIMBALAN PRESIDEN 3, ISI KOUTA KAUM CINA"