MAHU RAKYAT BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG DEKATI RAKYAT
—
Rabu, 7 Februari 2018
—
Add Comment
Oleh : Mohd Sobree Hashim
Ranau,7 Februari : Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Ranau mahu rakyat di daerah ini bijak
memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14)
akan datang.
Ketua
Bahagian Harapan Rakyat Ranau Adzman Manaf berkata, ia penting bagi memastikan kebajikan
dan keperluan rakyat setempat terjamin selain dikenali penduduk dikawasan yang
ditandingi.
“Kita mahu rakyat bijak memilih pemimpin bagi membawa segala
permasalahan rakyat disuatu kawasan pada setiap masa dan bukan hanya hadir
ketika PRU semakin tiba.
“Sudah pasti juga rakyat di Ranau sendiri inginkan anak jati daerah ini menjadi
calon seterusnya menjadi pemimpin untuk membawa suara rakyat Ranau di Dewan
Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis santai Bersama rakan
Gabungan Sabah (GS)di Kampung Matupang baru-baru ini.
Adzman berkata, pihaknya juga mahu rakyat menolak sepenuhnya ‘calon
luar’ dan parti kelahiran Semenanjung yang bertanding pada PRU14 akan datang.
“Dalam GS kita mempunyai empat buah parti tempatan yang memperjuangkan
hak rakyat Sabah selain akan melaksanakan Agenda Borneo.
“Justeru, kita mahu rakyat terus bijak memilih dan menolak pemerintahan
sedia ada seterusnya menukar landskap politik Sabah,”katanya.
0 Response to "MAHU RAKYAT BIJAK MEMILIH PEMIMPIN YANG DEKATI RAKYAT"