KERAJAAN GAGAL SELENGGARA LOJI SISTEM RAWATAN AIR KAMPUNG GANA
—
Sabtu, 3 Februari 2018
—
Add Comment
Kota
Marudu,3 Februari : Pergerakan Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan
Rakyat) bahagian Kota Marudu menyelar tindakan kerajaan yang gagal
menyelenggara Loji Sistem Rawatan Air Kampung Gana.
Ketua Wanita Harapan Rakyat Kota Marudu, Dona Kemidis berkata, pihaknya
mendakwa projek dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu
tidak digunakan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya
difahamkan loji ini telah siap beberapa tahun lalu namun ia langsung tidak
digunakan bagi memberi kemudahan bekalan air kepada penduduk setempat yang
mencecah hamper 700 penduduk.
“Lebih
malang apabila penduduk setempat terpaksa menggunakan air hujan dan sungai yang
kotor dan berlumpur,”katanya ketika ditemui selepas meninjau loji berkenaan disini
kelmarin.
Dona berkata, pihaknya turut menganggap peruntukan berjuta ringgit bagi
membina loji berkenaan sebagai suatu yang merugikan.
“Kita
dapat lihat kegagalan kerajaan mengurus tadbir suatu projek yang dilaksanakan yang
mengakibatkan penduduk setempat masih belum mampu menikmati air terawat.
“Justeru
kita mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya agar loji ini dapat digunakan
sebaiknya dan memberi manfaat kepada rakyat,”katanya.
0 Response to "KERAJAAN GAGAL SELENGGARA LOJI SISTEM RAWATAN AIR KAMPUNG GANA "