BERI PENEKANAN SOSIOEKONOMI DI KUALA PENYU
—
Sabtu, 3 Februari 2018
—
Add Comment
Oleh : Justin Wong
Kuala Penyu,03
Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memberi penekanan
utama dalam bidang sosioekonomi bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat
di daerah ini.
Timbalan
Penyelaras Harapan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Jonas Sunggim
berkata, pihaknya akan menjadikan bidang iu sebagai agenda utama bagi mengelakkan
anak tempatan berhijrah ke bandar.
“Seperti semua sedia maklum, golongan muda khususnya
di daerah ini ramai yang berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
“Justeru, kita akan meningkatkan lagi industri
bagi memberikan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk setempat seterusnya
mengelak dari golongan muda berhijrah ke bandar,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
selepas menyerahkan sumbangan ikhlas kepada adik Shafinaz di Kampung Mansud yang
akan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Jonas berkata, pihaknya juga bersedia untuk
mempertingkatkan lagi fasiliti pelancongan di daerah ini selain akan menjadikan
ia sebagai sebuah destinasi pelancongan.
“Ini akan menjadi misi kita dan akan
memastikan masyarakat setempat memperoleh manfaat dari ekonomi yang
dilaksanakan,”katanya.
Dalam pada itu, Jonas turut melahirkan rasa
bangga dengan pencapaian anak daerah ini yang berjaya melanjutkan pengajian ke
Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Saya doakan agar Shafinaz terus cemerlang dalan
pelajaran dan dapat menabur bakti kepada daerah ini apabila tamat pengajian
kelak
0 Response to "BERI PENEKANAN SOSIOEKONOMI DI KUALA PENYU"