CADANG BINA ASRAMA PENGINAPAN DI HOSPITAL
—
Ahad, 18 Mac 2018
—
Add Comment
Oleh : Md Faizizi Maidin
Foto : Justin Wong
Foto : Justin Wong
Tamparuli,18
Mac: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan Gabungan Sabah
(GS) bercadang untuk membina asrama penginapan yang lebih selesa kepada semua
pelawat atau waris pesakit di semua hospital di seluruh Sabah.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin
berkata, cadangan itu akan dilaksanakan sepenuhnya apabila pihaknya bersama GS
berjaya membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan
datang.
“Sering kali ketika saya melawat rakan-rakan
atau keluarga yang dirawat dihospital, saya perhatikan ada pelawat atau waris
pesakit tidur diluar wad atau baring dilantai hospital khususnya yang datang
dari jauh.
“Justeru, jika kita (GS) berjaya menubuhkan
kerajaan negeri selepas PRU14 ini, sebuah asrama penginapan akan dibina disemua
hospital utama diikuti dengan hospital daerah di seluruh Sabah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Tujuh Buah Cawangan
Harapan Rakyat di Kampung Tomis Baru disini, kelmarin.
Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah
Siong; Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap; Naib Presiden 4 Harapan
Rakyat Datu Sebastian Datu Panglima J Banting; Ketua Bahagian Harapan Rakyat
Tuaran Abdin Darus dan Ketua Wanita Harapan Rakyat Tuaran Syra Peter Gom.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, cadangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun
pemerintahan kerajaan baru bersama GS.
“Kita mahu rakyat selesa, datang melawat ahli
keluarga mereka dengan gembira tanpa perlu tidur di luar wad hospital.
“Selain dari itu,kita juga akan laksanakan
kemudahan lain untuk rakyat seperti jalan raya dan sebagainya,”katanya.
Dalam pada itu, Lajim turut meminta rakyat
Sabah untuk terus bangkit bersama GS untuk berjuang mengembalikan hak rakyat
Sabah.
Terdahulu, Syra berkata, rakyat khususnya di
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli tidak perlu gentar dengan ‘ugutan’
dari pihak kerajaan kononnya akan memotong atau menamatkan bantuan kepada
rakyat.
“Ini merupakan satu pembohongan dan penipuan
kerajaan sedia ada kepada rakyat, jika ditakdirkan Harapan Rakyat bersama GS
memerintah selepas PRU14 akan datang, bantuan yang sedia ada akan ditambahbaik.
“Saya juga bersedia untuk menggalas
tanggungjawab sebagai pemimpin di DUN Tamparuli bagi membela nasib rakyat yang
kini terabai,”katanya.
0 Response to "CADANG BINA ASRAMA PENGINAPAN DI HOSPITAL"