CADANG TUBUH DEWAN SENI ARTIS TEMPATAN SABAH, JAGA BAKAT PENGIAT SENI - MAIJOL
—
Selasa, 23 Mei 2017
—
Add Comment
Ranau,23 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah
(Harapan Rakyat) bercadang untuk menubuhkan sebuah Dewan Seni Artis Tempatan
Sabah bagi menjaga kebajikan termasuk bakat dan seni nyanyian di negeri ini
apabila berjaya memimpin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden Harapan Rakyat, Datuk Maijol Mahap berkata, pihaknya
yakin cadangan itu akan turut mendapat sambutan dari rakan Gabungan Sabah dan
orang muda selain memastikan aktiviti cetak rompak dapat dibendung dari
berleluasa.
“Memang diakui, Sabah mempunyai bakat seni nyanyian yang begitu tinggi
mutunya namun aktiviti cetak rompak terus menghantui pengiat seni apabila karya
mereka disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Justeru, kita (Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah bercadang untuk
menubuhkan sebuah Dewan Seni Artis Tempatan Sabah bagi menjaga kepentingan
pengiat seni dengan lebih terjamin lagi,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Pesta Kaamatan 2017
anjuran Harapan Rakyat bersama Gabungan Sabah di Lohan Rest House baru-baru ini
dan disempurnakan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin.
Maijol berkata, Dewan Seni Artis Tempatan Sabah itu nanti akan memberi
latihan kepada pengiat seni termasuk seni nyanyian, vocal, mencipta lagu, nota
muzik dan pelbagai lagi.
“Dewan ini akan berfungsi seperti sebuah akademi bagi memberi latihan
yang lebih meluas agar bakat seni di Sabah dapat dibawa keperingkat lebih
tinggi.
“Selain itu, jika kita diberi peluang mentadbir kerajaan selepas PRU14,
kita juga akan mengiktiraf pengiat seni melalui program penganugerahan seni,”katanya.
Menurutnya, segala keperluan itu adalah amat penting bagi terus memberi
impak yang besar pada orang seni di Sabah.
“Saya percaya, cadangan ini akan disambut baik oleh semua pihak khususnya
orang muda dan pengiat seni di negeri ini,”katanya.
0 Response to "CADANG TUBUH DEWAN SENI ARTIS TEMPATAN SABAH, JAGA BAKAT PENGIAT SENI - MAIJOL "