PEMUDA HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU PARTI, DEKATI GOLONGAN MUDA
—
Selasa, 23 Mei 2017
—
Add Comment
Ranau,23 Mei : Pergerakan Pemuda Parti
Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bertekad untuk terus berjuang dan membantu
parti bagi mencapai aspirasi dalam memenangi hati golongan muda di Sabah.
Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Ir Jovilis Majami berkata,
pihaknya juga akan turut membantu Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam
pelbagai aspek bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Selepas tujuh bulan pergerakan ini ditubuhkan, kita berjaya
menyampaikan watikah pelantikan dan baju rasmi pergerakan kepada semua Ahli
Jawatankuasa Pemuda Negeri.
“Justeru saya berharap, pelantikan dan juga penyerahan baju rasmi Pemuda
Harapan Rakyat ini akan dapat memberi semangat yang tinggi untuk semua ahli
jawatankuasa bekerja membantu parti,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda Negeri
Siri 2/2017 di Lohan Rest House baru-baru ini.
Jovilis berkata, pihaknya juga berharap semua ahli jawatankuasa
pergerakan itu dapat memastikan Harapan
Rakyat terus mendapat sokongan seluruh rakyat Sabah.
“Meskipun belum mencapai setahun, namun pergerakan ini sudah
melaksanakan lebih 30 program di peringkat negeri termasuklah tinjauan mesra,
pemuda masuk kampung dan beberapa aktiviti lain.
“Selain itu, aktiviti diperingkat bahagian juga turut dilaksanakan dan
ia dapat dilihat menerusi laporan yang dikemukakan kepada pergerakan pemuda
negeri,”katanya.
Dalam perkembangan sama, Jovilis berkata, pihaknya juga turut merangka pelbagai program
sepanjang 2017 dan hanya menunggu masa pelaksanaannya.
“Program yang disusun atur ini adalah berkonsepkan mendekati golongan
muda untuk turut sama menyokong Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah pada PRU14
akan datang,”katanya.
0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU PARTI, DEKATI GOLONGAN MUDA"