RAPAHI TIDAK PERNAH JADI AHLI HARAPAN RAKYAT
—
Selasa, 27 Mac 2018
—
Add Comment
Sipitang,27 Mac : Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Sipitang menafikan dakwaan ahli Parti
Warisan Sabah (Warisan) Rapahi Edris kononnya pernah menjadi ahli Harapan
Rakyat sebelum menyertai parti pimpinan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal Sabtu lalu.
Ketua Bahagian Harapan Rakyat Sipitang Rabin Bukari berkata, dakwaan itu
adalah dilihat sebagai gimik politik yang bertujuan bagi mencari populariti murahan
pihak tertentu.
“Selepas meneliti dan menyemak rekod-rekod keahlian diperingkat
cawangan, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Bahagian dan Ibu
Pejabat Harapan Rakyat, saya mengesahkan bahawa beliau bukan ahli Harapan
Rakyat di bahagian ini.
“Selain itu, pihak kami juga tidak menemui sebarang bukti kukuh yang
menyatakan beliau pernah mengisi dan menandatangani boring permohonan menjadi ahli Harapan
Rakyat,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Rabin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Harapan Rakyat berkata,
pihaknya berharap penyokong setia parti ini khususnya di bahagian Sipitang agar
tidak terpengaruh serta terpedaya dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab.
“Taktik ini dilihat sudah ketinggalan zaman dan sepatutnya tidak
dilakukan oleh seorang tokoh politik tempatan berpengalaman.
“Untuk para penyokong Harapan Rakyat, saya harap anda semua terus
bekerja keras dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14)
akan datang,”katanya.
Dalam pada itu, Rabin berkata, pihaknya khususnya di bahagian Sipitang
menaruh keyakinan tinggi kepada kepimpinan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri
Lajim Ukin serta rakan dalam Gabungan Sabah (GS).
0 Response to "RAPAHI TIDAK PERNAH JADI AHLI HARAPAN RAKYAT"