KUNDASANG GAGAL DIBANGUNKAN, INFRASTUKTUR TIDAK TERATUR
—
Isnin, 22 Mei 2017
—
Add Comment
Ranau,
22 Mei: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) melahirkan rasa kecewa
dengan kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim
Gunsalam yang dilihat gagal membangunkan kawasan terbabit khususnya di Pekan Kundasang.
Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia
terbukti apabila jalan raya dikawasan terbabit masih rosak selain turut
dipenuhi lumpur dibeberapa kawasan gerai peniaga kecil selain pembangunan kedai
yang tidak teratur.
“Sebelum saya hadir ke sini, saya sempat
melakukan tinjauan ke Pekan Kundasang bersama keluarga dan rasa sedikit kecewa
apabila pekan ini dibangunkan secara tidak teratur.
“Kita dapat lihat, kawasan peniaga kecil
berlumpur, tidak berturap selain tahap kebersihan masih kurang memuaskan dan
ini membuktikan wakil rakyat disana gagal bekerja meskipun memegang jawatan
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah
anjuran Parti Harapan Rakyat (Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah di Lohan
Rest House kelmarin.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, daerah ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan
selain menjadi tarikan utama kepada pelancong yang ingin melihat gunung
kebanggaan rakyat Sabah, Gunung Kinabalu.
“Namun malang apabila kawasan ini tidak dapat
diuruskan dengan baik oleh pemimpin-pemimpin di sini.
“Selain itu, saya dapati banyak gerai baru
dibina tetapi kawasan berkenaan tidak diselenggara dengan baik selain tanah
juga masih berlumpur,”katanya.
Katanya, tempoh pemerintahan Barisan Nasional
(BN) yang lama dikawasan terbabit sejak 24 tahun lalu turut dilihat masih tidak
dapat menangani masalah yang dihadapi rakyat di Kundasang.
Terdahulu, Lajim berkata, sambutan Pesta
Kaamatan adalah perayaan yang dirayakan oleh semua lapisan kaum di Sabah tanpa
mengira bangsa dan agama.
“Jika kita (Harapan Rakyat) bersama Gabungan
Sabah diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang, kita akan
menyalurkan peruntukan secukupnya untuk sambutan Pesta Kaamatan di seluruh
daerah di Sabah,”katanya,
tamat
0 Response to "KUNDASANG GAGAL DIBANGUNKAN, INFRASTUKTUR TIDAK TERATUR"