LAJIM BAWA BANYAK PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT DI DUN KLIAS
—
Selasa, 30 Januari 2018
—
Add Comment
Oleh : Md Faizizi
Maidin
Foto : Justin Wong
Beaufort,30
Januari : “Datuk (Seri) Lajim seorang yang mudah didekati, mesra rakyat dan telah
membawa banyak pembangunan kepada rakyat setempat khususnya di Dewan Undangan Negeri
(DUN) Klias,”kata bekas ahli Parti Warisan Sabah (Warisan), Abdullah Ahmat.
Beliau yang mengambil keputusan menyertai
Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama beberapa orang rakan serta
keluarganya selepas hilang kepercayaan terhadap hala tuju dan perjuangan parti
itu.
Katanya yang turut mengakui ‘tersasar’ memilih
parti yang dianggap tidak ikhlas memperjuangkan hak rakyat Sabah apabila
membawa pengundi luar untuk hadir ke suatu majlis setempat.
“Keputusan untuk menyertai Harapan Rakyat ini
bukanlah dipaksa oleh mana-mana pihak, keputusan ini adalah pilihan kami
sendiri kerana kami yakin dengan kepimpinan beliau (Lajim) sejak 30 tahun yang
lalu.
“Selain itu, Datuk (Lajim) juga seorang yang
mudah ditemui dimana sahaja tanpa sebarang protokol dan senang dihubungi melalui
telefon atau WhatsApp jika ada masalah dikawasan beliau,”katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Cawangan Ketua Pusat
Operasi (KPO) Kota Klias A di Jeti 360 Kampung Kota Klias disini, kelmarin.
Majlis turut dihadiri Presiden Harapan Rakyat
Datuk Seri Lajim Ukin dan isteri Datin Seri Normilah Siong serta beberapa Ahli
Majlis Tertinggi (AMT) Harapan Rakyat.
Abdullah berkata, sikap keterbukaan Lajim
dalam mendengar permasalahan rakyat selain mengenali penduduk setempat juga
mencari faktor kepada beliau menyertai Harapan Rakyat.
“Pada kali ini, saya cukup yakin dengan Teras
Perjuangan Harapan Rakyat yang benar-benar memperjuangan hak rakyat berbanding
parti sebelum ini yang hanya ‘Copy Paste’ perjuangan pemimpin terdahulu.
“Apa yang lebih utama lagi, Datuk (Lajim)
adalah anak tempatan di Beaufort yang memimpin sebuah parti tempatan di Sabah,”katanya.
Sementara itu, Lajim berkata, pihaknya
sentiasa terbuka untuk menerima kemasukan ahli dari pelbagai kaum di negeri ini
seterusnya memperjuangkan hak rakyat Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963
(MA63).
“Saya rasa bersyukur apabila parti yang kami
tubuhkan bersama beberapa orang rakan dalam Ahli Majlis Tertinggi (AMT) setahun
lalu kini terus mendapat tempat dihati rakyat Sabah.
“Parti ini bukanlah untuk satu kaum sahaja,
tetapi parti ini adalah untuk semua kaum di Sabah dan saya juga adalah pemimpin
untuk semua kaum di negeri ini,”katanya.
Pada majlis itu, Lajim turut menerima kemasukan
bekas ahli UMNO yang diketuai oleh Mohd Fauzi Abd Rakip .
0 Response to "LAJIM BAWA BANYAK PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT DI DUN KLIAS"