Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PILIH 'YANG BERHORMAT' MUDAH DIDEKATI



Beaufort,29 Januari: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu rakyat di negeri ini melihat dan mengkaji beberapa perkara utama sebelum memilih ‘Yang Berhormat’ pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia penting bagi memastikan segala permasalahan yang disuarakan rakyat mampu diselesaikan oleh wakil rakyat dipilih dan tidak mengelak untuk bertemu rakyat ketika memerlukan.
  “Pada zaman saya menjadi wakil rakyat 30 tahun yang lalu, kami tiada telefon mudah alih seperti sekarang yang dilengkapi pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, pada ketika itu, kami cuma ada telefon rumah.
  “Meskipun tiada telefon mudah alih, saya sentiasa mudah ditemui dan turut menziarahi penduduk yang mempunyai masalah selain menghadiri majlis keramaian,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Harapan Rakyat Bahagian Beaufort disini, kelmarin.
  Hadir sama, Pengerusi Wanita Gabungan Sabah Datin Seri Normilah Siong; Timbalan Presiden 2 Ashim Jamat; Naib Presiden 1 Patrick Sadom dan Ketua Penerangan Karim Adam.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, rakyat juga diminta untuk memilih wakil rakyat yang mudah ditemui selain tidak ‘memilih bulu’ dalam menyalurkan bantuan.
  “Selain itu, kita juga mahu rakyat memilih pemimpin yang mempunyai Integriti tinggi serta jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat disuatu kawasan yang diwakili mereka.
  “Jika kita menjadi wakil rakyat, kita perlu jujur untuk menyalurkan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen atau ADUN disuatu kawasan, bantu rakyat dan bina fasiliti untuk rakyat,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, rakyat juga diminta untuk tidak memilih pemimpin ‘bermusim’ khususnya yang hanya timbul menjelang PRU bagi menyalurkan bantuan keperluan harian.
  “Semua sudah sedia maklum, pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya akan bertemu rakyat memberi sumbangan kepada golongan memerlukan apabila PRU semakin hampir.
  “Rakyat juga perlu memilih pemimpin yang betul-betul berkualiti dan bukan pemimpin cakap tidak serupa bikin,”katanya..
  Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, pihaknya tidak gemar untuk menyerang parti pembangkang lain khususnya di Sabah yang mempunyai misi sama untuk mengubah landskap politik di negeri ini.
  “Saya tidak suka untuk menyerang parti-parti pembangkang lain kerana mereka bukan lawan kita, lawan kita adalah BN.
  “Namun mereka suka membuat tuduhan dan fitnah kepada kita termasuk rakan dalam Gabungan Sabah (GS) tetapi saya yakin GS cukup kuat untuk bertanding pada PRU14 akan datang,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PILIH 'YANG BERHORMAT' MUDAH DIDEKATI"