BERI PELUANG GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG BARU
—
Isnin, 22 Januari 2018
—
Add Comment
Oleh : Md Faizizi Maidin
Labuan,22 Januari: Pergerakan Wanita Muda Parti
Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus membuka peluang kepada
golongan muda khususnya wanita untuk mempelajari bidang baru.
Naib Ketua Wanita Muda 3 Harapan Rakyat
Norazrina Othman berkata, ia termasuklah pembelajaran dan pewujudan kemahiran
dalam kepimpinan dikalangan generasi wanita muda di seluruh Sabah termasuk
Labuan.
“Seperti yang kita laksanakan pada kali
ini, kita menganjurkan kursus pembikinan Tart Telur yang turut disertai seramai
10 orang peserta terdiri dari kalangan anak muda.
“Penganjuran program ini diadakan
bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada warga Labuan untuk menambah sumber
pendapatan dengan modal yang kecil namun mendapat hasil yang
menguntungkan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
pada majlis penutupan kursus yang dirasmikan oleh Ketua Bahagian Harapan Rakyat
Labuan Siti Zaleha SW Ibrahim disini baru-baru ini.
Hadir sama pada program itu, Ketua Wanita
Muda Harapan Rakyat Sabah Dayang Aezzy Liman.
Norazrina yang juga Ketua Wanita Muda
Harapan Rakyat Labuan berkata, program seumpama itu juga mampu menyalurkan
bakat, tenaga dan masa bagi aktiviti berfaedah ke arah jati diri individu
terlibat.
“Selain itu, kita juga turut membuka
peluang untuk anak muda menceburi bidang politik dan bidang-bidang lain yang
berfaedah.
“Kita juga ingin mendekati golongan muda
melalui aktiviti berfaedah selaras dengan Penanda Aras pergerakan yang sentiasa
mengamalkan budaya kerja berdisiplin berintegriti dan berhemah,”katanya.
0 Response to "BERI PELUANG GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG BARU"