Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KENYATAAN PRESIDEN WARISAN SEBAGAI 'OVER CONFIDENT'


Kota Kinabalu,15 Januari: Kepimpinan parti dalam Gabungan Sabah (GS) melihat kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang tidak mahu bergabung bersama GS untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah adalah sebagai ‘Over Confident’.
  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya percaya tidak ada mana-mana parti politik mampu menjadi kerajaan di Sabah sekiranya tidak mempunyai gabungan atau kerjasama.
  “Sebelum ini kami di GS pernah menawarkan kepada Warisan untuk bekerjasama dan menunggu mereka (Warisan) untuk mengadakan perbincangan bersama kita di GS, kita sedia berbincang.
  “Namun beliau (Shafie) pernah membuat kenyataan bahawa kita di GS adalah sebagai ejen BN dan sebagainya, jadi biarlah rakyat menilai siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan kita,”katanya dalam satu sidang media disini petang tadi.
  Hadir sama Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan beberapa kepimpinan parti dalam GS.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga mahu Shafie menjelaskan maksud ‘warna sebenar’ sesetengah pemimpin dalam kepimpinan pembangkang khususnya di GS.
  “Pada hari ini, kita mahu beliau (Shafie) menyatakan apa maksud warna sebenar pemimpin GS dan jangan membuat tuduhan serta firnah sedangkan hasrat kita di GS adalah untuk menumbangkan BN.
  “Justeru, jika beliau tidak mahu menjalin kerjasama bersama kita, beliau tidak sewajarnya membuat tuduhan kepada parti pembangkang itu sendiri sedangkan matlamat adalah sama iaitu menumbangkan kerajaan BN,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, perjuangan Shafie dalam pembangkang juga dilihat meniru dari beberapa pemimpin pembangkang lain khususnya dalam GS.
  “Kita dapat lihat, apa yang mereka perjuangkan sebenarnya sudah diperjuangkan oleh pemimpin dalam GS seperti ‘Sabah For Sabahan’;Perjanjian Malaysia 1963 dan beberapa kepentingan dan hak rakyat Sabah.
  “Justeru,saya bersama kepimpinan GS yang lain menganggap kenyataan ini sebagai hipokrit dan angkuh, kita yakin rakyat dapat menilai sendiri siapa yang tidak mahu bekerjasama dalam GS,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

1 Response to "KENYATAAN PRESIDEN WARISAN SEBAGAI 'OVER CONFIDENT'"

  1. Casino Sites 2021 | New Casino Bonuses
    With over 20 years of experience 파워볼검증사이트 in the 여캠 노출 사고 online gambling industry, we have been a pioneer 원벳 먹튀 in 블랙잭 the 넷텔러 industry. Read our guide to top sites for all the important details.

    BalasPadam