GABUNGAN SABAH TERUS FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT
—
Isnin, 15 Januari 2018
—
Add Comment
Sepanggar,15 Januari: Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan parti dalam Gabungan Sabah (GS) mahu
ahli parti terus memberi fokus kepada perjuangan membela nasib rakyat di Sabah.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama
rakan GS akan menuntut hak rakyat yang ‘dilupakan’ kerajaan pusat berdasarkan Perlembagaan
Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kita mempunyai gabungan yang kuat dan kukuh, kita perlu terus fokus
kepada perjuangan kita berdasarkan Teras Perjuangan GS untuk membela nasib
rakyat.
“Namun ianya akan dapat dilaksanakan apabila kita sudah menubuhkan
kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya
Umum (PRU) Gabungan Sabah Bahagian Sepanggar di Dewan Taman Putera Jaya disini,
baru –baru ini.
Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Presiden Parti Maju
Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden 2 Harapan Rakyat
Ashim Jamat.
Terdahulu, Lajim hadir mewakili Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansoor
yang kini menerima rawatan di hospital.
Lajim berkata, pihaknya juga menaruh keyakinan tinggi kepada rakan dalam
GS yang sentiasa bermuafakat dalam membincangkan pelbagai perkara termasuk
pembahagian kerusi PRU14 akan datang.
“Bagi saya di GS, kami sentiasa bermuafakat dan berinteraksi dengan
sebaiknya selain mudah untuk memikirkan sesuatu yang terbaik kepada perjuangan
GS seterusnya rakyat Sabah.
“Kita juga sedia berbincang dalam soal pengagihan kerusi dan hanya
beberapa kerusi lagi yang tinggal untuk kami rundingkan,”katanya.
0 Response to "GABUNGAN SABAH TERUS FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT"