PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERTIKAI KEWUJUDAN 'SEKOLAH GHAIB'
—
Khamis, 8 Februari 2018
—
Add Comment
Oleh : Marcellus Manisah
Kudat,8 Februari: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
mempertikai kewujudan ‘sekolah ghaib’ di daerah ini yang diberikan projek
pemagaran tanah kosong di kawasan berkenaan.
Ketua Pergerakan Pemuda Harapan
Rakyat Ir Jovilis Majami berkata, projek berkenaan mula dilaksanakan Ogos tahun
lalu dan siap sebulan kemudian namun hanya dipagar kawasan tanah yang dipenuhi hutan
belukar.
“Ketika kami mengadakan program
bertemu masyarakat disini, kami terlihat satu papan tanda yang menyatakan mengenai
projek pemagaran tanah kosong di Sekolah Kebangsaan (SK) Marabau Kudat, namun tiada
satu pun bangunan sekolah yang kelihatan dikawasan berkenaan.
“Justeru, kami ingin bertanya
kepada pihak tertentu khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenai
kewujudan ‘sekolah ghaib’ ini,” katanya ketika dihubungi disini, kelmarin.
Ir Jovilis yang juga Ketua
Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, pihaknya juga ingin tahu tujuan
pemagaran tanah kosong yang dipenuhi dengan hutan belukar.
“Kami bukanlah ingin mencari
salah mana-mana pihak, namun jika sekolah ini wujud siapakah Guru Besar sekolah
berkenaan dan dimana murid-murid ini belajar.
“Penduduk kampung dikawasan itu
juga melahirkan rasa kecewa apabila sekolah yang dinytakan tidak dibina untuk
kegunaan masyarakat setempat,”katanya.
Sementara itu, Ir Jovilis
berkata, pihaknya turut dimaklumkan bahawa ‘sekolah ghaib’ berkenaan tidak
wujud berdasarkan carian dilaman sesawang.
“Jika semua ini benar berlaku dan
tidak ada kewujudan sekolah, ia dilihat sebagai satu pembaziran dan kerugian
untuk masyarakat setempat yang terpaksa menghantar anak sekolah jauh dari
kawasan mereka,”katanya.
0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERTIKAI KEWUJUDAN 'SEKOLAH GHAIB'"