HARAPAN RAKYAT KOTA MARUDU TERIMA AHLI BARU
—
Isnin, 12 Februari 2018
—
Add Comment
Oleh
: Marcellus Manisah
Kota
Marudu,12 Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Kota
Marudu menerima kemasukan ahli baru seramai lebih 21 orang terdiri dari
beberapa parti politik tempatan di Sabah.
Mereka yang memilih ‘rumah baru’ itu adalah 90
peratus ‘orang kuat’ Parti Warisan Sabah (Warisan); Parti Cinta Sabah (PCS) dan
Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian itu melalui cawangan Kampung Patiu.
Bekas ahli Warisan Ruslan Amir Kasan berkata,
penyertaannya ke Harapan Rakyat adalah atas keinginan sendiri tanpa ada paksaan
dari mana-mana pihak.
“Selama ini kami melihat parti politik di
Sabah ada yang ikhlas dan tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan kami merasakan
Harapan Rakyat adalah sebuah parti yang mampu membela nasib rakyat.
“Sebagai anak jati Kota Marudu, kami melihat
kepimpinan Datuk Maijol Mahap juga adalah yang terbaik dan sering turun padang
bertemu masyarakat setempat,”katanya.
Katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang
kemasukan kepada Naib Ketua Bahagian Kota Marudu Jaimis Sinti.
Dalam pada itu, bekas ahli PCS Simpokan Santi
mengakui perjuangan mereka dalam PCS tidak mampu menarik minat masyarakat di kawasan
mereka.
“Kali ini kami tidak akan membuang masa, kami
akan terus memberi sokongan padu kepada Ketua Bahagian Harapan Rakyat disini
iaitu Datuk Maijol Mahap,”katanya.
Sementara itu, Jaimis berkata, kemasukan
mereka ke dalam Harapan Rakyat kerana yakin dengan kepimpinan parti diperingkat
bahagian mahupun negeri.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
atas pilihan untuk menyertai Harapan Rakyat.
“Sudah pasti, ini akan menjadi motivasi
kepada penduduk Kota Marudu yang inginkan perubahan,”katanya.
0 Response to "HARAPAN RAKYAT KOTA MARUDU TERIMA AHLI BARU"