HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN KUALA PENYU MEMBANGUN
—
Selasa, 27 Februari 2018
—
Add Comment
Oleh : Justin Wong
Kuala Penyu,26 Februari : Parti
Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memastikan daerah ini dibangunkan
sepenuhnya bagi memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan sumber ekonomi
penduduk setempat.
Presiden Harapan Rakyat
Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia akan dilaksanakan apabila Harapan Rakyat
bersama rakan dalam Gabungan Sabah (GS) berjaya membentuk kerajaan negeri
selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
"Daerah ini mampu
dibangunkan setanding dengan daerah lain di Sabah dan berupaya untuk menjadi
tarikan pelancong dalam dan luar negeri.
"Sebelum ini, saya
pernah menjadi Ahli Parlimen disini untuk satu penggal iaitu dari 2008 hingga
2013 dimana pelbagai pembangunan saya bawa ke sini antaranya jalan raya lebih
160 kilometer termasuk Jambatan Sitompok,"katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kediaman Timbalan
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Jonas Sunggim.
Hadir sama isterinya Datin
Seri Normilah Siong.
Lajim yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya turut memberi keyakinan untuk
mengatasi masalah air yang membelenggu penduduk di daerah itu sejak beberapa
tahun lalu.
"Jika saya diberi satu
penggal lagi iaitu pada PRU14 akan datang mungkin masalah air di daerah ini
juga saya akan tangani.
"Selain itu, kita juga
akan membawa masuk industri ke daerah ini untuk menjana ekonomi tempatan dan
peluang pekerjaan seperti mana yang sudah saya laksanakan di daerah Beaufort
sebelum ini,"katanya.
Sementara itu, Lajim
berkata, kepelbagaian agama dan suku kaum di Sabah tidak menjadi halangan untuk
suatu kaum menyambut perayaan masyarakat lain.
"Seperti semua sedia maklum, Sabah adalah sebuah negeri yang unik
dan sebagai contoh masyarakat Tatana di daerah ini turut mengadakan Rumah
Terbuka Tahun Baru Cina pada kali ini.
"Perbezaan agama tidak akan memutuskan tali persaudaraan antara
sesama kita, masyarakat disini adalah contoh terbaik untuk keharmonian
masyarakat majmuk dan berbilang agama,"katanya.
Terdahulu, majlis itu turut dihadiri lebih 200 penduduk setempat.
0 Response to "HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN KUALA PENYU MEMBANGUN"