BIRO KDM HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU CALON HADAPI PRU14
—
Isnin, 5 Mac 2018
—
Add Comment
Oleh : Marcellus Manisah
Kota Kinabalu, 5 Mac: Biro KDM
Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bertekad untuk menyatukan tenaga
dan usaha pemimpin KDM dalam parti bagi menguatkan lagi usaha parti untuk memenangi
hati rakyat.
Pengerusi Biro KDM Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap berkata, biro yang
dianggotai ahli koprat dan professional itu turut akan
membantu calon-calon parti khasnya di kawasan KDM pada Pilihan Raya Umum (PRU)
akan datang.
“Selain itu, biro ini juga akan memberikan cadangan kepada parti dan
kerajaan dari masa ke semasa mengenai dasar, program dan tindakan khusus yang
boleh meningkatkan ekonomi, peluang dan martabat masyarakat KDM.
“Kita juga akan cuba mencorakkan pemikiran masyarakat KDM supaya terus
menyokong Harapan Rakyat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Biro
KDM Harapan Rakyat di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini.
Maijol yang juga Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat berkata, pihaknya
melalui biro ini juga akan turut membantu pimpinan parti bagi menganjurkan
perayaan –perayaan masyarakat KDM setiap tahun.
“Kita mempunyai pelbagai perayaan di Malaysia khususnya di Sabah
antaranya Pesta Kaamatan,Krismas dan Tahun Baru Cina
“Selain itu, kita juga akan membantu parti untuk memastikan hubungan
antara kaum dan agama di Sabah terus terpelihara,”katanya.
Sementara itu, Maijol berkata, penganjuran aktiviti seperti seminar,
kursus atau ceramah dari masa ke semasa untuk memberikan pengetahuan kepada
rakyat khasnya KDM akan turut dilaksanakan.
“Apa sahaja aktiviti yang memberi pengetahuan sama ada berbentuk
ekonomi, politik, social atau perundangan kita akan laksanakan pada masa akan
datang.
“Selain itu, kita juga akan turut membantu parti untuk mencapai matlamat
parti seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti,”katanya.
0 Response to "BIRO KDM HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU CALON HADAPI PRU14"