HARAPAN RAKYAT ANJUR KAAMATAN DIRANAU
—
Jumaat, 19 Mei 2017
—
Add Comment
Ranau,19 Mei: Parti Harapan Rakyat Sabah
(Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah akan menganjurkan Pesta Kaamatan
peringkat negeri Sabah di Lohan Rest House selama dua hari bermula Sabtu ini
(20 Mei) bermula jam 7 pagi.
Ketua Bahagian Harapan Rakyat Ranau merangkap Pengerusi Pelaksana Adzman
Manaf berkata, program bertemakan ‘Kaamatan Teras Penyatuan’ yang julung kali
diadakan itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias yang
juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji
Ukin pada 21 Mei ini.
Menurut beliau pelbagai acara bakal diadakan sempena pesta itu
termasuklah Pertandingan Sugandoi (20 Mei/7 malam), persembahan artis,
persembahan kebudayaan, persembahan koir Kaamatan, upacara ‘Mogondi’ dan
pertandingan Unduk Ngadau sebagai acara kemuncak pada 21 Mei jam 8 pagi.
Katanya, program berkenaan bukanlah berniat ingin bersaing dengan agensi
kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain tetapi ingin menyemarakkan lagi
suasana sambutan Pesta Kaamatan tahun ini sebagai tanda kesyukuran warga petani
yang mendapat hasil tuaian pada tahun ini.
“Perayaan seperti ini juga bukanlah untuk mencari populariti sesebuah
parti, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada rakyat jelata untuk
berhimpun, berkenal mesra secara lebih dekat dan memupuk perpaduan dalam
kalangan penduduk setempat dengan barisan pemimpin mereka melalui perayaan,”katanya
dalam satu kenyataan kelmarin.
Beliau turut mempelawa orang ramai untuk hadir menyaksikan pelbagai
acara yang bakal dijalankan sempena pesta itu.
0 Response to "HARAPAN RAKYAT ANJUR KAAMATAN DIRANAU"