BICARA SABAHAN BERI KEFAHAMAN KEPADA RAKYAT
—
Rabu, 16 Ogos 2017
—
Add Comment
Oleh : Justin David
Kota Marudu,16 Ogos : Orang ramai khususnya golongan muda sekitar daerah
ini dipelawa untuk menghadiri Program Bicara Sabahan Edisi Kedua yang bakal diadakan
pada 20 Ogos depan.
Program anjuran bersama Pergerakan Pemuda Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dengan Gabungan Muda Sabah (GEMA) itu akan
diadakan di Pejabat Gerakan Harapan Rakyat Bahagian Kota Marudu bermula jam 10
pagi.
Pengerusi Penyelaras Program Ir Jovilis Majami berkata,
program yang diadakan itu adalah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat
berhubung aspirasi parti komponen Gabungan Sabah (GS) kepada golongan muda.
“Golongan muda bakal mewarisi kepimpinan Sabah pada masa akan
datang, mereka ini perlu memahami perjuangan sebenar Harapan Rakyat bersama GS
selain mereka ini juga akan bersama kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 akan
datang.
“Pada program ini, sebanyak dua sesi akan diadakan selain
bakal dibarisi ahli-ahli panel dikalangan anak-anak muda dalam GEMA,”katanya
ketika ditemui disini, hari ini.
Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat negeri
berkata, program itu akan menerangkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
dan Perkara 20 selain hak-hak rakyat didalam persekutuan.
“Selain itu, kita juga akan mengadakan forum bagi
membincangkan isu-isu semasa terutamanya yang membabitkan kepentingan
belia,”katanya.
Dalam pada itu, Jovilis turut mengalu-alukan mana-mana pihak
untuk bekerjasama dengan pihaknya bersama GEMA bagi menganjurkan program sama
dilokasi pilihan.
“Kita sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk
bekerjasama menganjurkan program seumpama ini.
“Program ini dijangka akan dirasmikan Timbalan Presiden
Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap,”katanya
* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin
menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih
0 Response to "BICARA SABAHAN BERI KEFAHAMAN KEPADA RAKYAT"