WADA AKAN TERUS DEKATI GOLONGAN WANITA MUDA
—
Selasa, 15 Ogos 2017
—
Add Comment
DAYANG Aezzy (tengah) ketika ditemui pada program itu
Oleh : Haslizah Nasrah
Kota Kinabalu, 15 Ogos : Pergerakan Wanita Muda (WADA)
Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus ‘turun padang’ mendekati
golongan muda bagi menerangkan visi dan misi pergerakan sayap parti itu.
Ketua Pergerakan WADA, Dayang Aezzy Liman berkata,
golongan muda perlu didedahkan dengan dasar perjuangan parti yang mempunyai
misi memperjuangkan hak rakyat Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963
(MA63).
“Sudah tentu pergerakan ini diwujudkan bagi
mengimbangi perjuangan golongan veteran dan muda khususnya wanita muda.
“WADA perlu diangkat sebagai salah satu komponen
terbaik diantara ketiga-tiga pergerakan sayap dalam parti,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program
Kursus Penulisan Asas dan Fotografi di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini
baru-baru ini.
Kursus itu disempurnakan Presiden Harapan Rakyat
Datuk Seri Lajim Ukin dan turut dihadiri Ketua Penerangan Karim Adam dan Ketua
Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami.
Dayang Aezzy berkata, WADA diwujudkan bagi memberi
ruang dan peluang kepada golongan wanita muda untuk menyuarakan hak, keperluan
dan kemahuan mereka melalui pembabitan bidang politik.
“Bagi pihak WADA, kita sudah meletakkan penanda aras
bagi menentukan tahap pencapaian dalam setiap program yang bakal dilaksanakan.
“Sudah tentu bagi saya sendiri, saya menjadikan
Hillary Clinton sebagai ‘role model’ kerana sikap keterbukaannya dalam
menyuarakan pandangan,”katanya.
Terdahulu, seramai lebih 20 orang peserta terdiri
dari ahli parti menyertai kursus bagi siri pertama.
0 Response to "WADA AKAN TERUS DEKATI GOLONGAN WANITA MUDA"