NAFI LAJIM SERTAI UMNO, TIADA 'U-TURN' BERLAKU
—
Selasa, 19 September 2017
—
1 Comment
KARIM ADAM
Kota
Kinabalu, 19 September: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menafikan
dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya presiden parti itu Datuk Seri
Lajim Ukin akan membuat ‘U-Turn’ kembali menyertai UMNO.
Ketua Penerangan Harapan Rakyat Karim Adam
berkata, dakwaan itu timbul selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan kemasukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib
ke dalam parti UMNO Ahad lalu.
“Spekulasi ini sengaja ditimbulkan oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab selain cemburu dengan sokongan padu rakyat terhadap
Harapan Rakyat sejak penubuhan parti tahun lalu.
“Justeru,
bagi pihak Harapan Rakyat, kami menafikan dakwaan berkenaan selain akan terus
berjuang untuk mempertahankan hak-hak rakyat selaras dengan Perjanjian Malaysia
1963 (MA63),”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
Karim berkata, pihak lawan dilihat bimbang
dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap perjuangan Harapan Rakyat yang
diterajui oleh Datuk Seri Lajim Ukin.
“Kami percaya taktik kotor itu tidak akan
melemahkan beliau (Lajim) untuk terus berjuang bagi kepentingan rakyat di
Sabah.
“Selain itu, presiden Harapan Rakyat juga sering
melaungkan ketegasan akan terus berjuang dengan rakan komponen dalam Gabungan
Sabah (GS),”katanya.
Tambahnya, pihaknya juga sudah bersedia untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selain mahu mengubah
senario politik Sabah.
Tebaik, memang banyak yg Mengigau di kala ini apabila meyedari phrs Dan gs m mangkin mendapat tempat dihati rakyat
BalasPadam