MAIJOL TETAP SEMANGAT TEMU RAKYAT DALAM CUACA BURUK
—
Rabu, 27 Disember 2017
—
Add Comment
Oleh : Marcellus Manisah
Kota Marudu,27 Disember:
Cuaca buruk yang melanda dibeberapa kawasan di Sabah baru-baru ini tidak
menghalang untuk Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
Datuk Maijol Mahap untuk turun padang bertemu rakyat.
Maijol yang dijadualkan bertemu penduduk
kampung Bombong empat Kota Marudu tetap bersemangat untuk menghadiri ceramah
berkelompok meskipun beberapa sungai dinaiki air akibat hujan lebat.
Sepanjang perjalanan ke kampung terbabit yang
melalui jalan Kampung Botition Tandek, pihaknya terpaksa melalui jalan raya
yang teruk dan berbahaya selain tiada perubahan dari segi kemajuan sejak dahulu
lagi.
Maijol ketika berucap pada majlis santai itu
berkata, perjuangan membela rakyat khususnya di daerah ini akan menjadi
keutamaan dalam karier politiknya.
“Paling penting sekali, seorang pemimpin
haruslah berani untuk berjuang bersama rakyat dan tidak gentar untuk
mengharungi apa juga halangan.
“Sudah tentu penduduk di Kota Marudu dan
Bombong Empat disini perlukan pembelaan, justeru rakyat Sabah perlu berani
menuntut hak yang dinafikan selama ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
ceramah kelompok di Kampung Bombong Empat disini baru –baru ini.
Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Jamadil
Idaron dan Ketua Cawangan Kampung Bombong Empat Jeson Miwel.
Dalam pada itu, Maijol turut merakamkan
penghargaan kepada penduduk terbabit yang setia menanti meskipun dalam cuaca
buruk.
0 Response to "MAIJOL TETAP SEMANGAT TEMU RAKYAT DALAM CUACA BURUK"