Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

CADANG WUJUDKAN SEBUAH PUSAT TAHFIZ AL-QURAN


Oleh : Erdie Ab Wahid, Justin Wong dan Md Faizizi Maidin

Beaufort,07 Januari : Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) bercadang untuk mewujudkan sebuah Pusat Tahfiz Al Quran untuk etnik Bisaya di daerah ini bagi melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi agama, minda dan akhlak.
  Presiden PBBS Datuk Seri Lajim Ukin berkata, dunia serba moden yang penuh dugaan dalam membesarkan anak-anak memerlukan satu pendekatan yang lebih berkesan iaitu melalui pendidikan agama.
  “Sudah tiba masanya persatuan melalui pengalaman serta kepakaran anak-anak Bisaya khususnya para ustaz dan ustazah dalam bidang agama perlu kita  manfaatkan untuk memperkasakan pendidikan agama di kalangan anak-anak Bisaya.
  “Sehubungan itu, saya mencadangkan persatuan mewujudkan sebuah Pusat Tahfiz Al Quran  dimana tenaga pengajarnya adalah dari kalangan masyarakat Bisaya yang memiliki kemahiran pengetahuan dalam bidang agama,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan dasar Mesyuarat Agung Perwakilan PBBS kali ke-26 di sini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, masyarakat Bisaya pernah menjadi johan qari dan qariah dalam Majlis Tilawah Al Quran di peringkat negeri dan kebangsaan selaim pernah menjadi Imam Besar Masjid negeri Sabah.
  “Kita bukan sahaja mahu mengingati sejarah lalu, tetapi kita perlu memikirkan bagaimana kita boleh mengembalikan sejarah kegemilangan warga bisaya dalam bidang ini.
  “Justeru penubuhan Pusat Tahfiz Al Quran ini akan menjadi Platform untuk kita mengembalikan kegemilangan tersebut,”katanya.
  Sementara itu, pihaknya juga akan terus berjuang untuk mendapatkan sebuah Kolej Islam di daerah ini dari kerajaan yang pernah disuarakan sejak 2007 lalu.
  “Sehingga kini ia belum lagi dilaksanakan, justeru kita berharap kerajaan akan dapat memenuhi permintaan kita agar penubuhan  Kolej Islam yang kita impikan selama ini  dapat dibangunkan di daerah ini,”katanya.

  


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "CADANG WUJUDKAN SEBUAH PUSAT TAHFIZ AL-QURAN"