KEPELBAGAIAN ETNIK DI SABAH MENJADI 'PERFECT ROLE MODEL' DI MALAYSIA
—
Khamis, 4 Januari 2018
—
Add Comment
Oleh : Justin Wong
Beaufort,03 Januari : Kepelbagaian kumpulan kaum etnik di
Sabah berjaya menjadi ‘perfect role model’ kepada perpaduan kaum di Malaysia
yang telah wujud sejak dahulu lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri
Lajim Ukin berkata, kehadiran pelbagai suku kaum dalam suatu majlis perayaan
memberi banyak makna kegembiraan meskipun berlainan agama.
“Pada majlis kali ini, kita bukan sahaja dapat
melihat masyarakat kristian hadir malah ia juga turut dihadiri oleh masyarakat
beragama Islam.
“Ini adalah satu keunikan bagi kita di Sabah, kita
dapat meraikan suatu majlis perayaan dengan gembira dan harmoni,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis
Perayaan Hari Keluarga di Dewan Gereja Katolik St Valentine anjuran Paroki
Beaufort baru-baru ini.
Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong;
Monsignor Gilbert Engan; Penasihat KDM Taskforce Ebin Ampai dan Pengerusi
KDM Taskforce Jusip Embu
Lajim yang juga Presiden Harapan Rakyat berkata,
perpaduan yang sedia terjalin antara suku kaum di Sabah juga menjadi medan
kepada sebuah negara maju di Malaysia.
“Sebelum ini saya pernah bekerja dengan keluarga
Monsignor Gilbert di ladang sawit mereka semasa sekolah, keluarga mereka tidak
memilih agama dan bangsa.
“Oleh sebab itu,kita semua wajar menjaga keharmonian
antara kaum agar ia terus berkekalan sampai bila-bila,”katanya,
Dalam pada itu, Gilbert turut merakamkan penghargaan
kepada Lajim atas sumbangan kepada penganjuran perayaan yang diadakan.
Terdahulu, majlis yang diserikan dengan pelbagai aktiviti itu turut dihadiri lebih 300 masyarakat setempat sekitar daerah ini.
Terdahulu, majlis yang diserikan dengan pelbagai aktiviti itu turut dihadiri lebih 300 masyarakat setempat sekitar daerah ini.
0 Response to "KEPELBAGAIAN ETNIK DI SABAH MENJADI 'PERFECT ROLE MODEL' DI MALAYSIA"