Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT BERJAYA TARIK MINAT GOLONGAN MUDA



Kota Kinabalu,3 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang berusia hampir tujuh bulan ditubuhkan berjaya menarik minat golongan muda di negeri ini untuk terus bersatu.
  Pengarah Media dan Komunikasi Harapan Rakyat Datuk Dr Mohd Irwansyah Abdullah berkata, pihaknya (Harapan Rakyat) bersama rakan Gabungan Sabah (USA) turut berjaya membawa idea segar dalam senario politik semasa.
  “Senario politik kini dipenuhi dengan pelbagai kontroversi, fitnah dan publisiti murahan bagi memperolehi keyakinan yang tinggi daripada rakyat khususnya golongan muda.
  “Namun penubuhan Harapan Rakyat bersama rakan USA turut dilihat berjaya membawa satu anjakan paradigma kepada suasana politik berlandaskan semangat negeri Sabah,”katanya.
  Dr Mohd Irwansyah yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) berkata, kekuatan parti yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin juga berjaya merealisasikan hasrat golongan muda untuk melakukan perubahan.
  “Jika dilihat, anak muda kini khususnya di Sabah inginkan satu perubahan pada tampuk pemerintahan negeri Sabah.
  “Bagi saya sendiri sebagai anak muda, sudah pasti saya inginkan satu gandingan lebih padu dan mantap bagi kerajaan negeri yang akan diterajui oleh USA,”katanya.  
   Dalam pada itu, Dr Mohd Irwansyah turut menyeru agar golongan muda untuk terus bangkit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  “Kita perlu bermuafakat, bersatu padu bagi menjayakan misi agenda mengembalikan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.


Dr Mohd Irwansyah

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT BERJAYA TARIK MINAT GOLONGAN MUDA"