HARAPAN RAKYAT TANDING KERUSI BALUNG
—
Isnin, 8 Mei 2017
—
Add Comment
Tawau,2 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mengesahkan akan bertanding di kerusi Balung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, parti itu akan bertanding hanya kerusi Balung bagi kawasan Parlimen Tawau.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Bahagian Tawau di sini, kelmarin.
Sementara itu, Lajim berkata beliau tidak melompat parti tetapi berhijrah kepada pihak lain selepas dirinya digelar sebagai 'Katak Besar'.
Menurutnya, politik adalah seperti deposit dalam bank.
"Apabila nilai saham turun, salah satu keperluan adalah menukar bank,"katanya.
0 Response to "HARAPAN RAKYAT TANDING KERUSI BALUNG"