Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

LAJIM BERI LALUAN TIMBALANNYA RASMI PESTA KAAMATAN


MAIJOL memalu gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan peringkat Parlimen Beaufort

Beaufort, 14 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membuat pembaharuan apabila presiden parti itu memberi laluan kepada timbalannya untuk merasmikan Pesta Kaamatan peringkat Parlimen Beaufort baru-baru ini.
  Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, meskipun turut berada pada majlis itu, beliau sentiasa terbuka untuk memberi peluang kepada pimpinan parti untuk melancarkan suatu majlis.
  “Pada Pesta Kaamatan peringkat Parlimen Beaufort kali ini, saya dengan hati yang ikhlas memberi peluang kepada Timbalan Presiden (Datuk Maijol Mahap) untuk merasmikan perayaan ini.
  “Ini membuktikan pimpinan parti kita tidak rakus kuasa dan tidak meninggi diri, bagi saya ia tidak menjadi masalah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada perayaan Pesta Kaamatan peringkat Parlimen Beaufort baru-baru ini.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, keterbukaan itu adalah bagi mendekatkan rakyat di Sabah dengan pimpinan Harapan Rakyat.
  “Perjuangan parti ini bukan untuk saya sebagai Presiden, tapi perjuangan Harapan Rakyat adalah untuk memartabatkan hak rakyat Sabah,”katanya.
  Dalam pada itu, Maijol mengakui sedikit kekok apabila diberi laluan untuk merasmikan perayaan Pesta Kaamatan di kawasan Parlimen Beaufort.
  “Meskipun dari segi protokol, ia ada sedikit kelainan namun bagi saya atas semangat parti dan perayaan kaamatan, saya terima ini dengan hati terbuka.
  “Ini menunjukkan presiden kita (Datuk Lajim) mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan terbuka luas untuk ahli pimpinan lain,”katanya.
  Maijol ketika berucap berkata, rekod cemerlang Lajim selama lebih 32 tahun menjadi wakil rakyat di daerah ini berjaya memberi khidmat terbaik kepada rakyat di Parlimen Beaufort.
  “Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik dan sentiasa dapat menangani suatu isu dengan baik sekali termasuk memimpin parti kita sendiri.
  “Ini termasuk serius untuk menjaga kebajikan ahli, hala tuju parti dan pelbagai lagi,”katanya.
  Terdahulu, Maijol turut menjemput semua rakyat di Sabah untuk turut hadir merayakan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah pada 21 Mei depan bertempat di Lohan Rest House Ranau.









KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "LAJIM BERI LALUAN TIMBALANNYA RASMI PESTA KAAMATAN"