Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

MANIFESTO AKAN DILANCAR, TEKAD JAMIN MASA DEPAN RAKYAT



Kuala Penyu,14 Mei : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan melancarkan manifestonya sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dengan tekad untuk menjamin masa depan dan hak rakyat di Sabah.
  Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, manifesto itu nanti akan menjadi petanda aras kepada kejayaan dan janji parti itu kepada rakyat khususnya di kawasan yang bakal ditandingi.
  “Kita akan bertanding di beberapa kawasan di Sabah manakala yang lain akan diisi oleh rakan Gabungan Sabah (USA) dan sudah pasti, kita bakal melancarkan manifesto parti sebelum PRU14 akan datang.
  “Untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Kuala Penyu, saya akan pastikan kawasan Parlimen Beaufort ini akan terus menerima perubahan berterusan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Cawangan Kampung Tempurung dan Penerimaaan Borang Keahlian disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, beliau akan terus berjuang untuk membela rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di Sabah khususnya di kawasan Parlimen Beaufort.
  “Saya juga meminta kepada rakyat di kawasan ini untuk memberi keyakinan bagi saya memimpin selain membawa pembangunan yang lebih banyak khususnya di Kuala Penyu.
  “Jika kita lihat, daerah ini masih kurang peluang pekerjaan dan ramai anak muda kini sudah berhijrah ke ibu negeri dan tempat lain,”katanya.
  Justeru itu, Lajim berkata, pihaknya akan membawa peluang industri perkilangan di kawasan Kuala Penyu selain mampu menjana pendapatan untuk rakyat daerah ini.
  “Kita akan buka industri perkilangan disini dan tarik lebih ramai pelabur datang ke Kuala Penyu.
  “Selain itu, kita akan perbaiki infrastuktur seperti air, jalan raya dan letrik yang kini dilihat masih kurang memuaskan,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, Harapan Rakyat akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort termasuk DUN Klias dan Kuala Penyu pada PRU14 akan datang.









KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "MANIFESTO AKAN DILANCAR, TEKAD JAMIN MASA DEPAN RAKYAT"