Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH TERUS JADI PILIHAN RAKYAT

LAJIM menerima borang keahlian daripada bekas ahli Parti Warisan Sabah pada majlis itu
Kota Marudu : Langkah Parti Cinta Sabah (PCS) keluar dari Gabungan Sabah (USA) tidak sedikit pun menggugat kekuatan gabungan malah semakin mantap dan mendapat sokongan akar umbi.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pada setiap pelancaran bahagian parti itu, pihaknya sentiasa menerima keanggotan baru daripada bekas ahli pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN) termasuk Parti Warisan Sabah.

“Rakyat sudah sedar dan mula memahami perjuangan sebenar 15 teras misi Gabungan Sabah yang dianggotai SAPP, STAR, PPRS dan Harapan Rakyat sendiri,”katanya ketika melancarkan parti itu disini, baru-baru ini.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 3,000 orang dimajlis pelancaran di Kota Marudu membuktikan bahawa Gabungan Sabah mendapat sokongan mantap daripada akar umbi.

Lajim menegaskan Gabungan Sabah tidak sedikit pun merasa sedih diatas langkah PCS meninggalkan gabungan itu kerana parti itu mempunyai hak tersendiri dan ternyata perjuangan mereka bercanggah dengan Gabungan Sabah.

Turut berucap pada majlis itu, Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Maijol Mahap; Pengerusi Gabungan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee; Wakil STAR Edward Linggu dan Presiden PPRS Arsad Mualap./ UTUSAN BORNEO

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH TERUS JADI PILIHAN RAKYAT"