Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

AMALKAN KONSEP KESEDERHANAAN, TOLAK FAHAMAN EKSTREMISME




Beaufort, 24 Jun : Rakyat di Malaysia khususnya di Sabah perlu terus mengamalkan konsep kesederhanaan bagi mengukuhkan integrasi dan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat negara ini.
  Presiden Persatuan Bersatu Bisaya Sabah (PBBS) Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia adalah langkah tegas bagi menolak fahaman ekstremisme yang boleh menggugat keamaan dan keharmonian negara.
  “Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu padu dalam menangani isu cabaran negara iaitu menolak aktiviti golongan ekstremisme yang semakin berkembang di peringkat serantau dan antarabangsa.
  “Sudah pasti, perbezaan fahaman ideologi politik, perbezaan agama dan pelbagai perkara lain bukan menjadi halangan untuk kita bersatu mempertahankan kedaulatan negara,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana di Masjid Jamek Kampung Kebatu Kabidang disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, dengan mengamalkan sikap kesederhaan, negara khususnya di negeri ini mampu menjadi contoh kepada kehidupan beragama dan berupaya hidup bersatu padu antara pelbagai kaum.
  “Di Sabah sahaja, kita mempunyai lebih daripada 30 suku kaum dan mempunyai pelbagai adar resam dan pegangan sendiri.
  “Walaubagaimanapun, perbezaan itu bukan menjadi halangan kepada kita (masyarakat) untuk terus bersatu padu serta mengeratkan ukhuwah selain perpaduan dikalangan masyarakat,” katanya.
  Dalam program itu, Lajim turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan golongan kurang berkemampuan.
  Terdahulu, beliau turut menjemput orang ramai untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Kaundo Kebatu pada 2 Julai 2017 bermula jam 7 malam.

  


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "AMALKAN KONSEP KESEDERHANAAN, TOLAK FAHAMAN EKSTREMISME"