KECEWA DENGAN KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU
—
Isnin, 26 Jun 2017
—
Add Comment
Kota
Marudu,26 Jun: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) melahirkan
rasa kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus
Johnity Ongkili yang masih gagal membela rakyat di kawasan itu sejak beberapa
penggal yang lalu.
Ketua Pemuda Harapan Rakyat Sabah Ir Jovilis
Majami berkata, ia terbukti apabila daerah ini masih tergolong sebagai antara
kawasan ‘termiskin’ di negara ini dan terus gagal dibangunkan.
“Kita dapat lihat, Dr Maximus masih gagal
untuk membela rakyat dan membawa pembangunan disini selepas diberi peluang yang
agak lama untuk menjadi wakil rakyat meskipun memegang jawatan Menteri penuh di
peringkat persekutuan.
“Selain gagal membawa pembangunan, beliau
juga dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tanah NCR yang menjadi
keluhan rakyat sekian lama,”katanya dalam satu kenyataan disini, kelmarin.
Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat
Kota Marudu berkata, tindakan wakil rakyat (Dr Maximus) yang menemui rakyat
secara bermusim juga diibaratkan sebagai ‘cacing kepanasan’ bagi meraih
sokongan rakyat.
“Kita dapat lihat apabila beliau meminta
rakyat supaya tidak mempercayai tindakan pihak pembangkang yang sering menabur ‘ubat’
kepada rakyat apabila menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Pemimpin parti pembangkang bukanlah pemimpin
bermusim namun kami sentiasa masuk kampung untuk mendekati dan mendengar
keluhan rakyat di semua peringkat,”katanya.
Menurutnya, ini terbukti apabila Timbalan
Presiden 1 Harapan Rakyat Dtauk Maijol Mahap terus mendekati rakyat selepas
tewas pada PRU 13 yang lalu.
0 Response to "KECEWA DENGAN KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU"