Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PRESIDEN AGIH JUADAH BERBUKA PUASA, MENYANTUNI ANGGOTA BERUNIFORM DAN ZIARAH PESAKIT


Beaufort, 16 Jun : Pergerakan sayap Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Beaufort mengedarkan sebanyak 450 pek bubur dan juadah berbuka puasa kepada anggota beruniform, petugas hospital serta penduduk sekitar daerah ini.
  Program yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda; Pergerakan Wanita dan Pergerakan Wanita Muda Beaufort itu turut disertai sendiri presidennya Datuk Seri Lajim Ukin bersama isteri Datin Seri Normilah Siong.
  Lajim berkata, bubur kacang itu dimasak sendiri oleh ahli pergerakan sayap selain menyediakan juadah berbuka puasa untuk anggota beruniform dan petugas hospital yang bertugas secara syif.
  “Ini adalah merupakan program amal Harapan Rakyat dimana kita mengedarkan bubur dan juadah berbuka puasa kepada anggota beruniform serta petugas hospital yang sudah pasti mempunyai kesukaran untuk keluar membeli juadah berbuka puasa kerana tugasan.
  “Selain itu, kita turut mengedarkan kepada pesakit yang menerima rawatan dan orang ramai sekitar daerah Beaufort,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengedarkan bubur dan juadah berbuka puasa di Hospital Beaufort.
  Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, program kali ini juga adalah sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada anggota beruniform dan petugas hospital yang sanggup berkorban masa demi masyarakat.
  Selain mengedarkan bubur dan juadah berbuka puasa, Lajim turut menyampaikan kad ucapan Hari Raya.





KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PRESIDEN AGIH JUADAH BERBUKA PUASA, MENYANTUNI ANGGOTA BERUNIFORM DAN ZIARAH PESAKIT"