GEMA AKAN TERUS BERSUARA UNTUK RAKYAT SABAH
—
Jumaat, 16 Jun 2017
—
Add Comment
Kota
Kinabalu, 16 Jun : Perlantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)
yang kelima, Profesor Dr D Kamaruddin D Maidin oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) Rabu lalu berjaya memberi khabar gembira buat rakyat Sabah.
Pengerusi Gabungan Muda Sabah (GEMA) Jamain
Sarudin berkata, perlantikan itu dilihat selaras dengan hak Borneonisasi yang
terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Sebelum ini pihak kami bertujuan untuk
menghantar satu pungutan petisyen kepada pihak UMS berhubung perkara ini.
“Walaubagaimanapun, hasrat ini dibatalkan
berikutan perlantikan jawatan Naib Canselor UMS sudah diberikan kepada anak
jati Sabah yang diumumkan oleh KPT Rabu lalu,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di
bilik mesyuarat Ibu Pejabat Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disini,
pagi tadi.
Katanya, pungutan Petisyen yang dilakukan
selama empat hari itu berjaya mengumpulkan sejumlah 4209 tanda tangan daripada
masyarakat di Sabah dan Labuan.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur Petisyen
UMS merangkap Timbalan Pengerusi GEMA IR
Jovilis Majami berkata, perjuangan yang dilakukan GEMA berjaya mencapai
matlamat dan kini tidak ada keperluan untuk menghantar pungutan petisyen itu.
Katanya yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat
turut merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan dan UMS kerana sentiasa
mendengar permasalahan yang dikemukan oleh anak jati Sabah.
Sebelum ini isu perlantikan Naib Canselor UMS
viral di laman sosial selepas dikhabarkan akan diberikan kepada anak bukan
kelahiran Sabah.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi GEMA yang lain
Fredrine Tuliang dan Sharif Suhaimi
serta Setiausaha Gema Dr Brister Mokujal.
Dalam sidang media itu, mereka turut sebulat
suara menjelaskan bahawa perjuangan untuk mendapatkan hak Sabah daripada
kerajaan Pusat akan sentiasa disuarakan sehingga mendapatkan keadilan yang
sewajarnya.
Sementara itu, Jamain yang juga Ketua Pemuda Parti
Maju Sabah (SAPP) berharap kerajaan tidak akan mengambil tindakan untuk menutup
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya seperti mana yang dilakukan terhadap
IPG Keningau dan IPG yang lain.
"IPG itu adalah penting kepada orang
Sabah untuk membolehkan lebih ramai guru dilahirkan di negeri ini selain
mencapai 90 peratus kuota guru orang Sabah di negeri ini.
“Sekiranya IPG Kampus Gaya ditutup, ianya
sudah pasti akan menjejaskan usaha melahirkan guru-guru di Sabah,”katanya.
IR Jovilis (Kiri) dan Jamain (Kanan)
0 Response to "GEMA AKAN TERUS BERSUARA UNTUK RAKYAT SABAH"