Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PELAKSANAAN CUKAI PELANCONGAN DILIHAT TINDAKAN TERDESAK KERAJAAN PUSAT


KARIM ADAM

Kota Kinabalu,12 Jun :  Tindakan kerajaan pusat yang ingin melaksanakan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai depan dilihat sebagai tidak matang selain terdesak untuk menambah dana kerajaan yang semakin susut.
  Ketua Penerangan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Karim Adam berkata, pelaksanaan cukai itu yang akan menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam turut dilihat akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.
  “Kita dapat lihat, tindakan kerajaan pusat dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ini adalah bertentangan dengan ‘Local Ordinance 1966’ yang memperuntukkan hak-hak perihal pelancongan terletak dibawah bidang kuasa negeri.
  “Ini sekaligus telah melanggar syarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang selalu dinafikan oleh pihak persekutuan dan kerajaan negeri berhak untuk menolak cadangan pelaksanaan cukai terbabit,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Karim yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, pengenalan Cukai Pelancongan itu juga akan menjejaskan industri pelancongan dan kemasukan pelancongan sama ada daripada luar dan dalam negara.
  Menurutnya, keadaan ekonomi negara yang semakin ‘tenat’ dengan kadar defisit negara yang bertambah setiap tahun akan memberi impak kepada rakyat Malaysia.
  “Sudah pasti, jika cukai ini dilaksanakan, pelancong atau pengunjung domestik akan rasa terbeban dengan tindakan kerajaan pusat ini.
  “Ini amat ketara apabila kerajaan turut menarik balik atau memotong subsidi kerajaan yang disalurkan kepada agensi kerajaan,”katanya.
  Dalam pada itu, Karim berkata, tujuan pelaksanaan cukai pelancongan ini juga dilihat tidak jelas berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut dilaksanakan keatas semua hotel di Malaysia.
  “Kenyataan Menteri berkenaan (Nazri Aziz) yang lebih bersifat kasar bahasa hanya akan menampakkan kerajaan yang diterajui UMNO adalah kerajaan samseng.
  “Justeru, kami membantah jika cukai pelancongan ini dilaksanakan di Sabah selain kami menyokong tindakan kerajaan Sarawak yang menarik diri daripada menyertai Tourism Malaysia berkuat kuasa serta-merta,”katanya.




KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PELAKSANAAN CUKAI PELANCONGAN DILIHAT TINDAKAN TERDESAK KERAJAAN PUSAT"