700 BUBUR KACANG 'LARIS', HARAPAN RAKYAT LABUAN MENYANTUNI WARGA SETEMPAT
—
Isnin, 12 Jun 2017
—
Add Comment
SITI Zaleha (dua kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian Labuan ketika program pengagihan bubur kacang
Labuan,12
Jun : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Labuan berjaya mengagihkan sebanyak
700 bekas kontena berisi bubur kacang kepada masyarakat sekitar Labuan sebagai
juadah berbuka puasa.
Program pengagihan bubur kacang itu turut
disertai oleh ahli Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita
Muda Harapan Rakyat bahagian Labuan.
Ketua Bahagian Harapan Rakyat Labuan Siti
Zaleha SW Ibrahim berkata, pengagihan bubur kacang itu adalah sumbangan
sepenuhnya ahli parti kepada warga Labuan yang berkunjung ke bazar Ramadan
Tanjung Aru dan Bazar Ramadan Kompleks Sukan Air.
“Ini adalah program pertama kali kami
anjurkan sempena bulan Ramadan iaitu mengagihkan bubur kacang kepada masyarakat
yang datang ke dua bazar Ramadan yang kami pilih sebagai juadah berbuka puasa.
“Walaubagaimanapun, program seumpama ini
tidak akan terhenti disini, kami akan terus melaksanakan program bertemu rakyat
diseluruh Labuan pada masa akan datang,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui
selepas mengagihkan bubur kacang disini, petang kelmarin.
Siti Zaleha berkata, pihaknya kemudian
meninjau kemudahan bazar dan beramah mesra dengan golongan peniaga serta orang
ramai yang berkunjung.
“Daripada jumlah bubur kacang yang diagihkan,
sebanyak 200 bubur diagihkan kepada orang ramai yang berkunjung di Bazar
Ramadan Tanjung Aru manakala selebihnya di Kompleks Sukan Air.
“Selain itu, antara objektif mengagihkan
bubur ini adalah bagi menyantuni warga Labuan tanpa mengira latar belakang
agama serta memperkenalkan bendera Harapan Rakyat kepada masyarakat setempat,”katanya.
Dalam perkembangan lain, Siti Zaleha berkata,
pihaknya juga akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Harapan Rakyat Bahagian
Labuan bersama Timbalan Presiden 3 Datuk Seri Peter Kong.
0 Response to "700 BUBUR KACANG 'LARIS', HARAPAN RAKYAT LABUAN MENYANTUNI WARGA SETEMPAT"