HARAPAN RAKYAT SIPITANG AKAN TERUS DEKATI RAKYAT
—
Isnin, 12 Jun 2017
—
Add Comment
PATRICK (kanan) ketika menghadiri majlis berbuka puasa
Sipitang,12 Jun : Parti Harapan
Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Sipitang telah merancang beberapa
program amal sepanjang bulan Ramadan dibeberapa kawasan perkampungan di daerah
ini.
Naib Presiden 1 Harapan Rakyat Patrick Sadom berkata, ia termasuklah
mengadakan ziarah amal kepada golongan kurang berkemampuan dan berbuka puasa
bersama penduduk kampung.
“Kita sudah merancang beberapa program ziarah amal bagi menyampaikan
sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan selain berbuka puasa bersama
penduduk kampung sekitar daerah ini.
“Bagi saya ia bukanlah satu halangan biarpun berlainan agama kerana kita
sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati antara kaum di Sabah,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama
masyarakat Kampung Lubang Buaya disini, kelmarin anjuran Harapan Rakyat Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sindumin.
Patrick berkata, program yang dirancang itu juga adalah bagi mengeratkan
hubungan silaturahim diantara rakan beragama Islam pada bulan Ramadan.
“Bagi saya, secara peribadinya tidak rasa terasing apabila menghadiri
majlis berbuka puasa yang rata-rata beragama Islam dalam satu majlis.
“Ini kerana, saya juga mempunyai keluarga yang menganut agama Islam,
justeru tiada masalah untuk bersama rakan lain,”katanya.
Selain itu, Patrick berkata, bulan Ramadan juga mampu memperkukuhkan
persahabatan dikalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dan
fahaman politik.
Dalam perkembangan lain, Patrick berkata, pihaknya juga akan terus
melaksanakan program kemasyarakatan pada masa akan datang meskipun bukan pada
bulan Ramadan.
“Program bagi mendekati rakyat akan diteruskan sepanjang masa dan tidak
akan tertumpu pada bulan Ramadan sahaja,”katanya.
0 Response to "HARAPAN RAKYAT SIPITANG AKAN TERUS DEKATI RAKYAT"