KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH SEMAKIN MANTAP
—
Sabtu, 22 Julai 2017
—
Add Comment
Lajim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis itu
Kota
Kinabalu,22 Julai : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan
parti dalam Gabungan Sabah (GS) akan terus memantapkan barisan kepimpinan
disemua peringkat bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap GS semakin kuat.
Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin
berkata, kerjasama dikalangan rakan gabungan juga perlu untuk mencapai misi dan
visi menumbangkan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Kita dapat lihat, setiap program dan
aktiviti yang dilaksanakan oleh parti-parti dalam GS sentiasa mendapat sambutan
yang menggalakkan.
“Ini membuktikan GS adalah sebuah gabungan
yang mantap selain mempunyai misi sama iaitu ingin mengubah senario politik
Sabah dan pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, kelmarin.
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Klias berkata, GS juga sentiasa ‘membuka pintu’ kepada parti politik
tempatan di negeri ini untuk menjalin kerjasama bagi berjuang pada PRU14.
“Rakyat inginkan sebuah kerajaan yang baru
dan sudah pasti parti politik khususnya di negeri ini perlu bersatu, itu adalah
kehendak rakyat.
“Bila kita hadir kemana-mana majlis, rakyat
pasti bertanya adakah kita bersatu, dipihak Harapan Rakyat, sudah pasti kita
bersatu bersama rakan dalam GS untuk mencapai misi yang sama,”katanya.
Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya
bersama GS juga sudah melaksanakan perbincangan khususnya membabitkan
pembahagian kerusi, program dan pelbagai aktiviti lain.
“Kita tidak risau, sokongan rakyat akan terus
bersama kita dan keyakinan rakyat kepada GS akan terus meningkat,”katanya.
0 Response to "KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH SEMAKIN MANTAP"