"RAKYAT JANGAN TERPENGARUH," Ketua Pemuda Harapan Rakyat
—
Sabtu, 29 Julai 2017
—
Add Comment
Kota
Kinabalu,29 Julai : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan
Rakyat) menyeru rakyat di negeri ini untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pihak pembangkang akan ‘memBrexit’kan
UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah.
Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Sabah
Ir Jovilis Majami berkata, BN khususnya UMNO di Sabah telah lama diberi mandat menerajui
kerajaan negeri namun rakyat masih terus menderita khususnya diluar bandar.
“Jika rakyat masih terpengaruh dan mendengar
janji-janji pemimpin UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan
datang, sudah pasti pelbagai masalah rakyat akan berterusan.
“Rakyat juga perlu ingat jika UMNO dan BN
terus mentadbir Sabah sudah pasti harapan untuk melihat isu-isu yang dituntut
rakyat tidak akan dapat diselesaikan,”katanya dalam satu kenyataan di sini
kelmarin.
Jovilis yang juga Timbalan Pengerusi 2
Gabungan Muda Sabah (GEMA)berkata, pelbagai isu seperti autonomi Sabah;
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); kemiskinan dan banyak lagi masih belum dapat
diselesaikan dengan sepenuhnya.
“Satu
contoh yang amat jelas ialah Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk
mengkaji PATI di Sabah yang didakwa oleh rakyat tempatan diberikan
kewarganegaraan secara tidak sah sehinggakan mengubah demografi masyarakat
Sabah sehingga kini tidak didedahkan kepada umum walaupun laporan itu sudah
lama siap.
“Jika rakyat memberi peluang parti tempatan
mentadbir Sabah sudah pasti pelbagai masalah dapat diselesaikan dengan
menggunakan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah seperti mana yang
digariskan di dalam laporan Inter-Governmental Committee (IGC) dan juga
Perjanjian Malaysia (MA63),”katanya.
Justeru, Jovilis menyeru rakyat Sabah untuk
terus memberi sokongan padu kepada Harapan Rakyat dan parti komponen dalam
Gabungan Sabah (GS).
“Sudah tiba masanya untuk kita memilih parti
tempatan yang berpangkalan di Sabah dan ‘menghantar’ balik kerajaan sekarang ke
Semenanjung bagi memastikan rakyat Sabah terbela,”katanya.
0 Response to ""RAKYAT JANGAN TERPENGARUH," Ketua Pemuda Harapan Rakyat"