ORANG ASAL PERLU LEBIH AGRESIF TINGKAT TARAF EKONOMI DAN SOSIAL
—
Selasa, 1 Ogos 2017
—
Add Comment
MAIJOL bersama penduduk yang hadir pada majlis itu.
Kota
Marudu,1 Ogos: Orang Asal atau Momogun di negeri ini perlu lebih agresif dalam
mencapai suatu kejayaan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial khususnya
dalam bidang keusahawanan.
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
(Harapan Rakyat) Datuk Maijol Mahap berkata, masyarakat momogun mempunyai
pelbagai bakat tersendiri namun jumlah yang berjaya masih ditahap rendah.
“Justeru itu, saya berpendapat ilmu
pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan bagi seorang individu agar dapat
mengurangkan risiko kerugian dalam menjalankan suatu perusahaan atau
perniagaan.
“Selain itu, orang momogun juga perlu
mengejar ilmu pendidikan yang tinggi sehingga peringkat Master atau PhD dan
sudah pasti kita mahukan sekurang-kurangnya satu keluarga satu graduan,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Sambutaan Perayaan Kaamatan
Gabungan Enam Kampung di Kampung Penusukan disini, baru-baru ini.
Maijol yang juga Ketua Bahagian Harapan
Rakyat Kota Marudu berkata, masyarakat momogun juga perlu lebih bijak
mengusahakan tanah terbiar secara komersial bagi mengurangkan tahap kemiskinan
yang ada,
“Menurut laporan Bank Dunia pada 2010
menyatakan kawasan termiskin di Malaysia adalah di utara Sabah namun saya tahu
orang kita adalah rajin berusaha,”katanya.
Menurutnya, masyarakat momogun tidak
mempunyai pilihan lain selain bekerja lebih keras untuk lebih maju dalam segi
politik ekonomi dan sosial.
“Masyarakat momogun mempunyai cita-cita untuk
maju, bukan sekadar jadi penonoton tetapi ingin maju seperti bangsa-bangsa lain
di Malaysia,”katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, seramai lebih
2,500 penduduk daripada enam buah kampong terbabit memeriahkan majlis itu.
Antara kampung terlibat, Kampung Mangkalua, Kampung
Talantang 1, Kampung Talantang 2, Kampung Penusukan, Kampung Dalamason dan Kampung
Piso.
0 Response to "ORANG ASAL PERLU LEBIH AGRESIF TINGKAT TARAF EKONOMI DAN SOSIAL"