"LUAR BANDAR SABAH MASIH KURANG MEMBANGUN," Dr Benjamin Yapp
—
Rabu, 2 Ogos 2017
—
Add Comment
Kota
Kinabalu,2 Ogos :Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu wakil rakyat yang
dipilih khususnya dikawasan pedalaman di negeri ini untuk ‘turun padang’
melihat pembangunan dan infrastuktur yang masih kurang dibangunkan.
Ketua Perhubungan Harapan Rakyat Parlimen
Kota Kinabalu Dr Benjamin Yapp berkata, wakil rakyat dipilih wajar memastikan
pembangunan dibangunkan sewajarnya berdasarkan peruntukkan yang disalurkan
kerajaan.
“Berdasarkan pemerhatian saya selama hampir
empat tahun khususnya di Keningau dan Tenom, pembangunan di kawasan terbabit
masih kurang membangun selain infrastuktur masih kurang.
“Selain itu, beberapa jalan perhubungan juga
ada yang masih belum dapat dilalui disebabkan belum diturap dan diperbaiki
secara sepenuhnya,”katanya dalam satu kenyataan disini baru-baru ini.
Dr Benjamin berkata, ketidakprihatinan
kerajaan dalam memastikan pembangunan diluar bandar dibangunkan secara
menyeluruh menyebabkan sosioekonomi penduduk tidak meningkat.
“Jika ini terus berlaku dan tidak
dipedulikan, maka rakyat perlu memberi peluang kepada parti tempatan yang
bergabung dalam Gabungan Sabah (GS) untuk mentadbir kerajaan pada Pilihan Raya
Umum ke14 (PRU14) nanti.
“Sudah pasti, parti dalam GS akan melakukan
yang terbaik untuk rakyat khususnya di luar bandar selain akan meningkatkan
kualiti hidup rakyat di Sabah,”katanya.
0 Response to ""LUAR BANDAR SABAH MASIH KURANG MEMBANGUN," Dr Benjamin Yapp"