Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

AURA KEPIMPINAN MAIJOL 'MELEKAT' DIHATI RAKYAT KOTA MARUDU




Kota Marudu,2 Julai : Perjuangan yang jelas selain kepimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) di daerah ini yang mesra rakyat membuatkan penduduk setempat terus ‘jatuh hati’ kepada parti tempatan itu.
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Sabah Ir Jovilis Majami berkata, bahagian yang diketuai Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap itu sentiasa mendapat perhatian rakyat pada setiap program masyarakat yang dihadiri.
  “Baru-baru ini kita dapat melihat lebih 2,500 penduduk daripada beberapa buah kampung disini membanjiri Kampung Panusukan Tandek bagi menyambut perayaan Pesta Kaamatan.
  “Meskipun sudah beberapa bulan berlalu Pesta Kaamatan, namun masyarakat setempat masih memberi sokongan meskipun dirasmikan oleh pemimpin bukan kerajaan (pembangkang),” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, kehadiran penduduk yang ramai menunjukkan Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (GS) sudah mendapat kepercayaan rakyat khususnya di daerah ini.
  “Beliau (Maijol) seorang yang mudah didekati rakyat dan tidak asing bagi penduduk setempat disini meskipun pernah kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
  “Namun perjuangan Harapan Rakyat yang konsisten ingin menuntut autonomi Sabah yang selama ini diabaikan oleh kerajaan pusat membuatkan parti ini terus mendapat sokongan rakyat khususnya golongan muda,”katanya.
  Dalam pada itu, Jovilis berkata, rakyat di daerah ini juga dilihat kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kota Marudu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan terbabit.
  “Yang Berhormat (YB) sekarang dilihat kurang memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat dan beberapa isu juga tidak dapat diselesaikan dengan sewajarnya.
  “Ini termasuk isu seperti tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), masalah jalanraya, air dan pembangunan di pekan Tandek bagi penduduk di DUN Tandek yang  tidak pernah selesai sejak dari dulu lagi,”katanya.
  Terdahulu, Jovilis berkata, pihaknya bersama kepimpinan Harapan Rakyat Kota Marudu sudah menyiapkan sepenuhnya manifesto kawasan itu kepada rakyat.

  “Manifesto untuk Bahagian Kota Marudu sudah disiapkan dan akan diumumkan oleh Ketua Bahagian apabila tiba masanya,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "AURA KEPIMPINAN MAIJOL 'MELEKAT' DIHATI RAKYAT KOTA MARUDU"